Thursday 16 June 2016

Suami paksa isteri minum racun

Mohamad Abdullah (kanan) dihadapkan
ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam
atas pertuduhan memaksa isterinya
meminum racun di Machang, Kelantan.
KOTA BHARU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memaksa isterinya meminum racun selepas pasangan suami isteri terbabit mengalami masalah rumah tangga pada awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Abdullah Zaini, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Abdullah didakwa memaksa Syarifah Mohd. Yusoff, 35, untuk meminum racun di sebuah rumah di Kampung Pak Roman, Machang dekat sini pada pukul 6 petang, 2 Jun lalu.

Perbuatan itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan. -Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...