Monday 29 February 2016

Harga RON95, RON97 Turun Menjelang Malam Ini


Kuala Lumpur – Berkuatkuasa 1 Mac esok, harga runcit petrol turun 0.10 sen seliter bagi RON97 dan RM0.15 seliter bagi RON95 bermula 12 tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga runcit diesel bagi Euro2 dan Euro5 masing-masing kekal pada kadar RM1.35 seliter dan RM1.45 seliter.

Penurunan dipercayai susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia, yang berterusan sejak Januari tahun ini.

Kadar RON95 dan RON97 pada Januari berada pada paras RM1.85 seliter dan RM2.25 seliter, manakala pada Februari RM1.75 seliter (RON95) dan RM2.05 (RON97).

Kadar Euro2 pada Januari berada pada paras RM1.65 seliter, diikuti RM1.35 seliter pada bulan Februari. - STV

101 Hari Diburu, Ustaz Kasanova Akhirnya Berjaya Ditahan


AMPANG — Seorang lelaki, digelar “ustaz kasanova”, yang diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sejak lebih tiga bulan akhirnya berjaya diberkas.

Mohd Razis Ismail, 34, dilaporkan sering berjaya meloloskan diri, termasuk sewaktu ke Penjara Kajang untuk mengambil “isterinya” yang dibebaskan daripada kesalahan bersekedudukan.

Setelah dicari selama 101 hari, polis membantu Jawi menjejak lokasinya dengan sistem pengesanan telefon bimbit, lapor akhbar Harian Metro hari ini.

Pasukan Cawangan Khas (SB) Bukit Aman dan ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya juga dikerahkan untuk menangkap lelaki bermulut manis ini.

Mohd Razis ditahan jam 3.35 petang semalam di Pandan Indah di sini ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk “isterinya”, kata ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

“Dia ditahan ketika mahu keluar membeli barang keperluan untuk ‘isterinya’ yang tinggal di flat berhampiran lokasi tangkapan, langsung tidak ada perasaan bersalah, malah sempat ucap ‘terima kasih, tuan’ kepada pegawai bertugas,” kata Wan Jaapar Wan Ahmad seperti dilapor.

Lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini selepas melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan syariah, antaranya bersekedudukan sehingga pasangan melahirkan anak luar nikah, mengabaikan nafkah dan nikah cerai yang tidak didaftarkan.

Wan Jaapar juga berkata lelaki itu juga melakukan kesalahan menghina Islam apabila berkahwin lebih daripada yang dibenarkan menurut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Antara kesalahan lain dilakukan lelaki buruan berkenaan seperti penipuan dokumentasi kepada pihak berkuasa apabila mengaku bujang dan mengaku sebagai pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika mahu berkahwin dengan seorang pelajar kolej,” katanya lagi.

“Apa yang kita tahu dia mempunyai 13 isteri termasuk warga Kemboja dan Thailand. Mengikut rekod, dia juga pernah berkahwin hanya dalam masa seminggu saja seperti berlaku kepada mangsa di Kedah.” – MalayMail

Lans koperal parah dibelasah 10 lelaki

ANGGOTA polis yang cedera selepas dipukul 10 lelaki dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, Kajang.
Kajang: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah dibelasah sekumpulan 10 lelaki selepas mangsa dikatakan menegur perbuatan mereka di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20 tahun bersama seorang lagi rakan dikatakan mengarahkan dua kereta iaitu Proton Waja dan Nissan Sentra dinaiki 10 lelaki berhenti di tepi jalan dipercayai untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, kumpulan suspek bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengarahkan kereta mereka berhenti di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, anggota polis terbabit turut disamun sebelum suspek melarikan diri.

“Dompet mangsa bersama telefon bimbit dilarikan suspek manakala rakan mangsa sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan semalam. Difahamkan anggota polis terbabit bertugas di Istana Melawati, Putrajaya.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.-hmetro

Sunday 28 February 2016

Maut dibedil tepi jalan

Gambar Hiasan
Kajang: Seorang lelaki berusia 45 tahun maut ditembak di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Semenyih Kajang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, rakan mangsa berusia 26 tahun turut koma akibat ditembak dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa bersama rakannya berada di lokasi sebelum dihampiri seorang suspek menaiki motosikal.

"Suspek melepaskan beberapa tembakan dan mengenai kedua-dua mangsa sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

"Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang manakala rakannya dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan," katanya. - mymetro

Gencatan senjata Syria bermula

Gencatan senjata itu membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk di kawasan terjejas teruk. - Foto AFP
DAMSYIK - SYRIA. Gencatan senjata yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula berkuatkuasa di Syria, tengah malam kelmarin.

Hal ini terbukti apabila bunyi tembakan tidak lagi kedengaran di sekitar pinggir Damsyik dan Aleppo menjelang jam 12 tengah malam (waktu tempatan).

Media tempatan melaporkan, kurang sejam sebelum gencataan dikuatkuasakan, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menyokong resolusi yang dirangka oleh Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

“UNSC mengulangi gesaan supaya semua pihak supaya membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke seluruh Syria secara cepat dan selamat tanpa sebarang halangan,” menurut resolusi itu.

Sementara itu, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berpusat di Britain mendakwa, Moscow dan rejim Bashar telah melancarkan gelombang serangan ke kawasan puak pemberontak bukan militan sebelum tengah malam.

“Ia adalah serangan udara paling sengit berbanding biasa dan kawasan pemberontak menjadi sasaran utama mereka,” kata ketuanya, Rami Abdel Rahman.

Beberapa hari lalu, Presiden Syria, Bashar al-Assad dan pembangkang utama juga telah sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata tersebut.

Perjanjian itu disifatkan sebagai usaha diplomatik terbesar setakat ini untuk membantu menghentikan konflik berdarah yang berlarutan selama lima tahun di Syria walaupun ada beberapa pihak meragui keberkesanannya selepas usaha damai sebelum ini menemui jalan buntu.

Difahamkan, hampir 100 kumpulan bersenjata menyatakan persetujuan mereka untuk mengambil bahagian dalam gencatan senjata itu bagi meredakan krisis di Syria.

Jawatankuasa Perundingan Tinggi (HNC) memaklumkan kira-kira 97 puak dan kumpulan bersenjata itu juga bersetuju untuk menghormati gencatan senjata berkenaan selama dua minggu.

Dalam perkembangan berkaitan, Wakil Khas PBB, Staffan de Mistura berkata, beliau bercadang untuk mengemukakan semula rundingan damai pada 7 Mac depan. -Agensi

Saturday 27 February 2016

Rantai isteri akibat leka main WhatsApp

Mohd Hamdan Ahmad (tengah) mengaku tidak bersalah merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp


KANGAR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp.

Mohd Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu.


Mengikut pertuduhan, Mohd Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah.


Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan.


Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.


Mohd Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin.


Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan melantik peguam bela. 
- Sinar

Friday 26 February 2016

India Catat Angka Kematian Tertinggi Akibat ‘Selfie’

Gambar Hiasan

MUMBAI – Pihak berkuasa Mumbai mengeluarkan larangan ‘berselfie’ setelah angka kematian meningkat akibat ‘selfie’ di negara itu.

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, sebanyak 16 lokasi di bandar tersebut ditandakan sebagai zon larangan untuk ‘berselfie’.

Larangan itu termasuk kepada mereka yang sanggup membahayakan nyawa dengan membuat aksi-aksi merbahaya untuk mendapatkan sudut gambar yang sempurna.

Difahamkan, India merupakan negara yang mencatatkan angka kematian paling tinggi akibat ‘berselfie’.

Setakat ini, India telah mencatatkan sebanyak 19 kematian daripada 49 kematian direkodkan di seluruh dunia.

Individu yang mendapati melanggar larangan yang ditetapkan kerajaan India akan dikenakan denda sebanyak 1,200 rupee (RM73.60) – Metro.co.uk

Persidangan Freemason di Pulau Pinang dihentikan serta-merta

GEORGE TOWN, Khamis – Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini.

Persidangan anjuran sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason yang sering dikaitkan dengan Yahudi, dan teori konspirasi terhadap orang Islam itu bermula semalam dan sepatutnya berakhir esok (26 Feb).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah yang mewakili NGO terlibat, berkata tindakan pertubuhan berkenaan mengadakan persidangan di Malaysia dilihat sebagai tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan kami masuk ke dalam hotel itu dan melihat sendiri sama ada persidangan itu diteruskan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, Azwanddin bersama semua NGO terlibat mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan hotel itu bagi membantah persidangan berkenaan. Beliau bersama tiga wakil NGO kemudian memasuki hotel itu dengan diiringi polis.

Perhimpunan selama sejam itu bersurai selepas polis mengarahkan mereka meninggalkan perkarangan hotel berkenaan.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) Mohd Ali Baharom yang turut menyertai perhimpunan bantahan itu, berkata beliau difahamkan seramai 600 peserta dari 21 negara menghadiri persidangan itu.

“Dewan dalam hotel itu yang dijadikan tempat persidangan, kosong ketika kami masuk melihatnya dan kami Gerakan Merah sekali lagi memberi amaran kepada pihak-pihak berkenaan supaya tidak menganjurkan program atau persidangan seumpama itu pada masa hadapan.

“Selain itu, kami juga akan memantau persidangan itu sehingga esok untuk melihat sama ada mereka akan meneruskan atau sebaliknya,” kata beliau. – Bernama

Thursday 25 February 2016

Kanak-kanak Empat Tahun Dihukum Penjara Seumur Hidup


Kaherah – Seorang kanak-kanak lelaki menerima nasib malang apabila dihukum penjara seumur hidup oleh sebuah Mahkamah di Mesir.

Portal National Post melaporkan, Ahmed Mansour Karni dijatuhi hukuman itu selepas didapati bersalah melakukan empat pembunuhan ketika dia berusia setahun setengah.

Dia merupakan salah seorang daripada 115 pesalah yang dihukum penjara seumur hidup.

Bagaimanapun, hukuman ke atas Ahmed Mansour Karni itu dibuat tanpa kehadirannya di mahkamah.

Menurut laporan berkenaan, Nama Ahmed dimasukkan dalam senarai itu secara salah namun, mahkamah enggan menerima dokumen bagi membuktikan umur sebenarnya, kata peguam Ahmed Mansour.

Seorang lagi peguam, Faisal al-Sayd memberitahu, beliau telah memberikan surat beranak Ahmed kepada mahkamah namun, ia dikatakan gagal disampaikan kepada hakim.

“Surat beranak Ahmed Mansour telah diserahkan selepas pihak berkuasa menambah namanya dalam senarai tertuduh, tetapi kes itu kemudiannya dipindahkan ke mahkamah tentera dan hukuman dijatuhkan tanpa kehadiran kanak-kanak itu.

“Ini membuktikan bahawa hakim tidak membaca kes ini,” katanya.

Seorang lagi peguam, Mohammed Abu Hurira berkata, hukuman itu membuktikan bahawa tiada keadilan di Mesir.

Hukuman yang dikenakan terhadap Ahmed Mansour itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada penduduk Mesir sambil mereka menuduh berlakunya amalan rasuah selain menyifatkan negara itu telah diperintah oleh sekumpulan orang gila.

Robert Kuok kekal individu paling kaya di Malaysia


SINGAPURA: Robert Kuok kekal sebagai individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut dengan aset bersih bernilai AS$10 bilion. Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran. Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$2.3 bilion hingga AS$7.4 bilion. Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi, yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi. Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas selepas Netflix memasuki negara pada Januari. 

Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga walaupun aset bersihnya menguncup kepada AS$300 juta berbanding AS$5.3 bilion sebelum ini. Hong Leong Co (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan. Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar AS, 2016 adalah tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia. Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit. 

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi. Tahun lepas aset bersih beliau bernilai AS$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis, mengumumkan keputusan kewangan yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya. Walaupun dakwaan ini dinafikan, ia sudah terlambat. Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada AS$725 juta. Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini. Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. 

Tahun lepas, 16 memiliki aset berbilion dolar namun tahun ini hanya 12 individu. Vincent Tan di tempat ke-17, dengan aset AS$900 juta, menyertai Goh yang hilang status bilionair, manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan AS$975 juta. 

Di tempat kesembilan, Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas sebanyak AS$1.45 bilion, susut daripada AS$2.9 bilion. Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Khoo Kay Peng yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings. Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon, meningkat ke tempat ke-11 dengan aset bernilai AS$1.1 bilion, menyertai senarai baharu bilionair, meningkat berbanding AS$120 juta tahun lepas. 

Lima nama memasuki senarai tahun ini termasuk Wong Teek Son yang turut terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan AS$255 juta. Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia:

1) Robert Kuok ASS$10 bilion 

2) Ananda Krishnan AS$7.4 bilion 

3) Quek Leng Chan AS$5.3 bilion 

4) Teh Hong Piow AS$4.65 bilion

5) Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion 

6) Lim Kok Thay AS$4.55 bilion 

7) Yeoh Tiong Lay AS$2.25 bilion 

8) Lau Cho Kun AS$1.55 bilion 

9) Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.45 bilion 

10) Surin Upatkoon AS$1.15 bilion 

Sumber: BERNAMA

Jangan Letak Telefon Bimbit Bawah Bantal Kata Polis


New York – Jabatan Polis New York (NYPD) memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan tidur dengan telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal bagi mengelakkan sebarang kejadian boleh mengundang bahaya , lapor akhabr The Daily Mail.

Menurut akhbar tersebut, pihak bomba negara itu sebelum ini telah memberi amaran tindakan meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj antara bantal dan katil boleh menyebabkan bateri menjadi terlalu panas sebelum terbakar atau meletup.

Ketua bomba dari Hamden, Connecticut, David Berardesca memberitahu NBC telefon bimbit perlu diletakkan di tempat-tempat yang mempunyai pengalihan udara yang baik.

Menurutnya telefon bimbit dan peralatan yang mengunakan bateri perlu diletakkan di permukaan yang keras bagi mengelakkan ia menjadi terlalu panas.

Berardesca berkata demikian ekoran kejadian seorang remaja berusia 15 tahun mendapati katilnya hangus dijilat api selepas telefon bimbit yang sedang dicaj, terbakar.


Menurut Daily Mail, dala kes yang berasingan seorang lagi remaja, Ariel Tolfree, 13, nyaris mengalami kelecuran teruk apabila katilnya musnah dijilat api disebabkan perkara yang sama.

Sultan Johor Beli Pesawat Peribadi Bernilai Melebihi USD96 Juta Kata Sumber


Kuala Lumpur – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dikatakan telah membeli sebuah pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800 yang baharu.

Menurut sumber penerbangan, pesawat peribadi tersebut kini dalam perjalanan dari Washington ke Johor Baharu dan ia dibina dengan ciri khas dimana ia mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh Sultan Johor dan berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti.

Menerusi gambar yang dikongsi, pesawat peribadi itu mempunyai jalur bewarna biru dibahagian tepi, manakala warna utama adalah keemasan, selain terdapat logo bendera Johor di bahagian badan pesawat itu.

Bagaimanapun, harga pesawat peribadi itu tidak dimaklumkan, namun berdasarkan harga pasaran, pesawat tersebut dianggarkan berharga sekitar USD96 juta (RM 405,993,600).

Berdasarkan laporan Airliner.net, BBJ adalah pesawat peribadi korporat jarat jauh yang dihasilkan selepas Boeing siri 737-700 dan 800.

Pesawat BBJ menggabungkan rangka Next Generation 737-700 termasuk sayap yang telah diperkukuhkan, fiuslaj dibahagian tengah dan gear pendaratan yang lebih besar dan berat berbanding siri 737-800, dengan dianggarkan tiga ke sepuluh muatan tangki minyak simpanan.

Oktober lalu Sultan Ibrahim membeli sebuah trak berjenama Mack yang menjadi kebanggaan rakyat Johor manakala sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31, anakanda baginda Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan telah dihadiahkan dengan sebuah jet peribadi. - SuaraTV

Wednesday 24 February 2016

Malaysia Sertai TPPA Dengan Terma Sendiri – PM


Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bersama dengan 11 negara lain melalui terma-terma sendiri.

Najib berkata, terma-terma yang berjaya dirundingkan dalam perjanjian perdagangan bersama Amerika Syarikat itu katanya ialah yang terbaik yang dapat dilaksanakannya.

“Alhamdulillah kita sudah mencapai keanggotaan TPPA berasaskan terma-terma yang kita sendiri tentukan. Inilah antara kejayaan yang Miti capai,” katanya, merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika perasmian bangunan kementerian berkenaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Najib turut merakamkan penghargaan kepada menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed susulan kejayaan tersebut.”TPPA amat mencabar. Saya ucapkan terima kasih kepada Mustapa dan Miti. Walaupun berat dipikul berat mata memandang tapi rundingan dengan rakyat berterusan meluas.

“Sebab itu kita hari ini, bila kita dari peringkat awal setuju jadi anggota TPPA kita nak dengan terma kita,” katanya lagi.

Perjanjian berhubung TPPA diluluskan di Dewan Rakyat pada Januari lalu dengan majoriti ahli Parlimen menyokong penyertaan Malaysia untuk menyertai perjanjian perdagangan terbesar itu.

Perbahasan selama 2 hari dimuktamadkan selepas undian belah bahagi menunjukkan 127 ahli Parlimen bersetuju Malaysia menyertai TPPA.

Manakala seramai 84 ahli Parlimen menolak usul yang di bawa Mustapa itu. – SuaraTV.

Kelentong paling cun

KERETA mewah BMW X6 yang dilarikan dua lelaki mengaku sebagai wakil seorang Datuk tengah hari kelmarin. 
Kuala Lumpur: Dua lelaki dipercayai menyamar sebagai wakil seorang Datuk untuk melarikan sebuah kenderaan mewah model BMW X6 bernilai lebih RM300,000. Penjenayah itu dikesan memperdaya seorang ejen wanita dalam urusan pembelian kenderaan itu di Setapak di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 29 tahun dikatakan menerima panggilan daripada seorang Datuk yang mendakwa berminat membeli kenderaan mewah itu.
Sumber polis berkata, mangsa kemudian mengatur temujanji dengan Datuk itu di sebuah stesen minyak di Sri Rampai, Setapak di sini.

“Bagaimanapun dua lelaki menaiki motosikal muncul dan mendakwa wakil kepada Datuk berkenaan.
“Selepas selesai perbincangan, rakan setugas wanita itu memandu BMW X6 berkenaan ke lokasi berhampiran untuk tujuan uji pandu dan pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang memandu kereta mewah model Porche mengekori rakannya itu.
“Sebaik tiba di hadapan sebuah kedai di Setapak di sini, salah seorang suspek lelaki terbabit berpura-pura melakukan pandu uji terhadap BMW X6 itu sambil ditemani mangsa.

“Selepas membuat satu pusingan, suspek lelaki itu mengarahkan wanita keluar dari kenderaan sebelum rakannya mengambil alih tempat duduk,” katanya.

Dia berkata, suspek kemudian mengarahkan mangsa berbincang semula dengan Datuk itu sebelum beredar pergi tanpa membuat sebarang pembayaran.
Sumber berkata, ejen wanita itu kemudian cuba menghubungi nombor telefon bimbit Datuk terbabit, namun gagal.


“Susulan itu mangsa yang mengesyaki ditipu tampil membuat satu laporan di buat di Balai Polis Wangsa Maju di sini. Polis kini sedang berusaha menjejaki kenderaan mewah itu yang dipercayai masih berada di Lembah Klang,”katanya. - Harian Metro

Beberapa kawasan dekat‎ Tasik Kenyir alami gegaran


HULU TERENGGANU - Penduduk di beberapa buah kampung yang tinggal‎ berhampiran kawasan Tasik Kenyir khususnya dalam Mukim Jenagur gempar seketika apabila mereka dikejutkan dengan gegaran dalam kejadian‎ kira-kira 9.40 malam tadi.

Kejadian tersebut ternyata turut merisaukan orang ramai sehingga menjadi perbualan hangat dalam laman sosial  dan membuat  pelbagai andaian termasuk berlakunya gempa bumi di tasik buatan‎ manusia terbesar di Asia Tenggara itu.

Difahamkan, antara kampung yang rasa gegaran berkenaan ialah Kampung Jenagur, Kuala Dura, Kuala Pueh, Kampung Padang Tara, Kampung Tapah, Kampung Dusun dan Felcra Bukit Kapah.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar  memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung gegaran tersebut.

“Kita menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung gegara n dirasai mereka itu kerana ia dapat undang situasi lebih panik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Rabai Israel Keluar ‘Fatwa’ Beri Kebenaran Askar Rogol Wanita Palestin


Rabai Tentera Israel memberi kebenaran kepada tentera Yahudi Israel untuk merogol wanita Palestin.

Kolonelnya, Eyal Qarim berkata, kebenaran itu datang daripada persoalan yang ditanya oleh tenteranya adakah semasa mereka berada berperang, pihaknya dibenarkan untuk merogol wanita Palestin? atau perkara itu menjadi perkara larangan?

“Peperangan Israel adalah perang agama, di mana mereka berbeza dari peperangan bangsa-bangsa lain,” katanya.

Menurutnya, dalam peperangan askar Israel perlu mengekalkan keupayaan juang; oleh itu, larangan-larangan yang melemahkan keupayaannya mesti dipecahkan walaupun ia berkaitan dengan akhlak.

“Seperti dalam perang, larangan terhadap risiko kemusnahan kehidupan mereka (tentera) untuk manfaat orang lain, begitu juga larangan terhadap perbuatan yang tidak bermoral,” katanya, lapor Days Of Palestine.

Beliau menjelaskan, Wain (arak) disentuh oleh bangsa lain, penggunaan yang dilarang dalam masa kebiasaan, dibenarkan semasa berperang demi mengekalkan semangat kebaikan kepada tentera.

Pengambilan makanan yang dilarang dibenarkan semasa berperang untuk mengekalkan kecergasan pahlawan-pahlawan, walaupun mereka dilarang semasa hari kebiasaannya.

“Dengan demikian, perang membuang beberapa larangan mengenai hubungan seksual dan walaupun  bukan dengan seorang wanita berbangsa Yahudi (adalah satu perkara yang serius), tetapi ia diberi kuasa semasa perang kerana memahami kesukaran yang dihadapi oleh para tentera,”katanya.

Dakwanya lagi, kejayaan menjadi matlamat mereka. Menerusi kitab Taurat (zamannya, diubahsuai) membenarkan mereka (yang berjaya dalam peperangan) untuk memenuhi keinginan jahat dalam jiwa mereka.-SuaraTV



Tuesday 23 February 2016

7,000 Ribu Rakyat Malaysia Mahu Murtad



Kuala Lumpur – Kira-kira 7,000 orang dilaporkan berada dalam dilema akibat status agama dalam dokumen rasmi pengenalan diri mereka.

Ia merujuk kepada mereka yang didokumentasikan sebagai beragama Islam namun mengamalkan cara hidup Hindu kerana tidak dapat mengubah status mereka.

Menurut Presiden Hindu Sangam Malaysia (MHS) Datuk R.S. Mohan Shan, masalah itu meluas di seluruh Semenanjung dan melibatkan individu yang kebanyakannya berpendapatan rendah yang mengamalkan agama Hindu tetapi didokumenkan sebagai Muslim, lapor Malaysian Insider.

Justeru lapan kumpulan pertubuhan Hindu kebangsaan melalui satu pasukan petugas dikenali Hindu Conversion Action Team mengambil langkah untuk membawa masalah itu kepada perhatian perdana menteri.

Daripada jumlah itu, kebanyakan adalah mereka yang didaftarkan sebagai Islam oleh ibu bapa mualaf selain mereka yang tersilap didaftarkan sebagai Islam oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Mereka ini takut membawa kes mereka ke mahkamah manakala selebihnya tidak mempunyai cara mengetengahkan masalah mereka dan menaruh harapan kepada kes Indira dan Deepa.
“Tetapi keputusan mahkamah itu memberikan masa depan yang suram kepada mereka yang sukar boleh meneruskan kehidupan kerana status agama mereka,” katanya.

Mohan juga menyampaikan rasa kesal terhadap kesilapan perkeranian pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga menyebabkan penganut Hindu diisytiharkan sebagai Muslim.

“Ada juga yang mendapat tahu agama mereka didaftarkan sebagai Islam dalam kad pengenalan sedangkan mereka bukan Muslim.

“Jelas sekali, kes seperti ini adalah disebabkan kesilapan manusia, tetapi KDN tidak menguruskannya, sebaliknya meminta mereka yang terjejas pergi ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikannya.

“Mengapa mereka perlu pergi ke Mahkamah Syariah sedangkan mereka bukan Muslim?” soal Mohan lagi.

Manakala, Penasihat Pertubuhan Belia Hindu Selangor Arun Dorasamy pula menyatakan pasukan sudah merekod 500 kes secara rasmi dan angka 7,000 itu adalah unjuran berdasarkan pertanyaan dan maklum balas yang diterima 8 NGO yang terlibat.

Katanya, kegagalan sistem ini menyebabkan penganut Hindu tidak dapat hidup mengikut pilihan agama mereka dan diisytiharkan Muslim walaupun tidak pernah mengamalkan atau mengetahui apa-apa mengenai ajaran itu.

“Kami akan bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan memberi jaminan akan membawa mereka bertemu Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara itu,” katanya.

Arun juga mengharapkan supaya pihaknya dapat berjumpa Najib dan mendedahkan kepadanya mengenai penganut Hindu yang bertukar agama kerana isu dokumentasi. - suaraTV

Turun kereta terus 'diculik'


Kajang: Seorang wanita nekad mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) sejurus menyedari anak gadisnya dilarikan seorang lelaki.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, mangsa berusia 20 tahun didakwa dlarikan ketika berada di hadapan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Kajang di sini. Difahamkan wanita terbabit gagal mengejar kenderaan suspek apabila kenderaan MPV model Honda Stream itu dipandu berbahaya dan melanggar lampu isyarat.

Difahamkan kejadian berlaku sejurus wanita terbabit menghantar anak gadisnya ke pusat pengajian berkenaan untuk menghadiri peperiksaan. Bagaimanapun, sebaik turun dari kenderaan ibunya, mangsa dikatakan terus memasuki kenderaan lain sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian.
Difahamkan, ibu mangsa cuba mengejar kenderaan berkenaan, tetapi gagal selepas beberapa minit mengejar MPV itu.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anak gadisnya memberitahu perlu ke pusat pengajian itu untuk menghadiri peperiksaan satu daripada subjek diambilnya. Katanya, mangsa meminta diturunkan di hadapan bangunan pentadbiran universiti berkenaan kerana mendakwa mahu mengambil slip peperiksaan.

“Sebaik menurunkannya, saya mengarahkan seorang lagi anak perempuan saya berusia 15 tahun untuk turun menemani kakaknya.
“Bagaimanapun, kenderaan Honda Stream berwarna perak muncul sebelum melarikan anak saya,” katanya.
Menurutnya, dia terus mengejar kenderaan berkenaan dan membunyikan hon berulang kali supaya MPV itu berhenti.
“Kenderaan MPV itu terus dipecut termasuk melanggar lampu isyarat merah.
“Selepas beberapa minit mengekori kenderaan itu, saya kembali ke perkarangan KLUIC untuk mengambil seorang lagi anak saya berusia 15 tahun yang ditinggalkan ketika saya mengejar kakaknya,” katanya.
Dia mendakwa mengenali suspek lelaki terbabit yang melarikan anak gadisnya.

“Saya pernah menegurnya supaya tidak mengganggu anak saya itu tetapi, tidak menyangka dia sanggup membawa lari anak saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa.

Katanya, polis menjalankan siasatan dan merakamkan percakapan ibu pelajar universiti itu untuk membantu siasatan lanjut.
Sehingga kini gadis terbabit dilaporkan masih belum ditemui.- Harian Metro

Gerombolan Warga Bangladesh Di KLIA Bukan Pekerja Baru Kata Imigresen


KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia menafikan segerombolan warga Bangladesh di KLIA bukan pekerja baru seperti yang diviralkan di media sosial.

Menurut status yang dimuat naik di laman jabatan itu menulis, ia merupakan proses saringan yang dilakukan pasukan pemantaunya bagi mengekang kemasukan penumpang yang tidak memenuhi syarat pelawat tulen.

“Susulan dari gambar yang tertera dan di muatnaik ke media sosial tersebut, ingin dijelaskan bahawa gambar yang dimuat naik tersebut adalah proses saringan yang dilakukan oleh pasukan pemantau Unit Penguatkuasa Klia untuk mengekang kemasukan penumpang yang tidak memenuhi syarat sebagai pelawat tulen masuk ke Negara ini.

“Untuk makluman jua, ada dikalangan penumpang dalam pesawat tersebut adalah mereka yang sudah bekerja di Malaysia dan mereka kembali ke Malaysia setelah bercuti di Negara mereka,”tulis status tersebut.

Terdahulu, terdapat dakwaan pihak tertentu mengatakan arahan pembekuan bagi kemasukan 1.5 juta warga asing adalah alasan pihak berkuasa untuk menutup mulut rakyat.-SuaraTV

Monday 22 February 2016

Keris Milik Hang Tuah Ditemui Di Jepun, Pensyarah Mahu Bawa Balik Ke Malaysia


KUALA LUMPUR — Keris milik Hang Tuah yang dipercayai menjadi lambang hubungan diplomasi antara Melaka dengan kerajaan Ryukyu di Jepun akan dibawa pulang ke Malaysia.

Keris itu, yang ditemui pengkaji sejarah Jepun sebelum disimpan di muzium, perlu dikaji lanjut bagi membuktikan pahlawan itu bukan satu mitos, kata pengkaji Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dr Rohaidah Kamaruddin, yang menumpukan kajian terhadap laksamana terbilang itu, berkata ia boleh menjadi bukti penting Hang Tuah pernah ke Jepun sebagai “duta” kerajaan Melayu Melaka.

“Saya akan bekerjasama dengan pengkaji sejarah dari Jepun untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keris terbabit yang belum dipamerkan kepada umum terutama masyarakat di negara ini,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Melayu UPM itu pernah mendakwa Hang Tuah pernah bertemu Leonardo da Vinci, seniman dan ahli sains terkenal Itali zaman itu.

Baru-baru ini ahli akademik itu menggesa Malaysia membawa pulang meriam-meriam Hang Tuah yang tersadai di pantai Goa, India yang pernah dijadikan kubu pertahanan Portugis.

Rohaidah menjalankan kajiannya bersama Dr Hashim Musa yang dilaporkan berkata surat tulisan Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu pada abad ke-15 ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan.

Profesor itu, yang bertugas jabatan sama di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, berkata surat itu ditulis oleh Hang Tuah bagi pihak sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah.

Rohaidah berkata pengkaji sejarah Jepun menyimpan keris itu sebagai artifak kerajaan Ryukyu dan “usaha membawa pulang khazanah itu masih dalam peringkat perbincangan.”

Pasukan penyelidikannya juga akan pergi ke Istanbul, Turki untuk membuat kajian manuskrip pahlawan Melayu itu yang tersimpan di negara berkenaan.

“Saya difahamkan tiada pihak terutama pengkaji sejarah melihat seterusnya, mengkaji manuskrip berkenaan walaupun ia diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah.

“Manuskrip itu menceritakan mengenai Hang Tuah sebagai wakil sultan datang ke negara itu ketika pemerintahan Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad Al Fateh.

“Malah ada juga bukti yang mengatakan anak perempuan Sultan Muhamad Al Fateh berkahwin dengan Sultan Alaudin bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua kerajaan,” katanya.

Rohaidah sebelum ini dilaporkan ke Goa untuk meninjau sendiri beberapa artifak milik Melaka yang dibawa Portugis selepas menewaskan kerajaan Melayu itu.

“Sekurang-kurangnya 10 meriam dipercayai milik kesultanan Melayu Melaka dan pernah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah ditemui di Kota Cabo da Rama iaitu kira-kira sejam perjalanan dari Goa,” beliau dilaporkan berkata.


“Meriam itu mempunyai simbol padi yang diperbuat daripada besi campuran digunakan untuk menangkis serangan musuh.” – MalayMail


Belajar, fahami kandungan Al-Quran - Tun Mahathir

Tun Mahathir sebelum itu merasmikan kempen Let's Read The Quran anjuran Zubedy (M) Sdn Bhd milik Anas Zubedy. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju sekiranya murid sekolah belajar Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami.

Beliau berpendapat, ini bagi membolehkan generasi masa depan bukan sekadar membaca tetapi memahami setiap isi kandungan Al-Quran itu sendiri.

"Saya fikir sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dan mengajar apa yang terkandung di dalamnya dalam bahasa yang kita fahami, kita akan mendapat panduan," katanya selepas merasmikan kempen Let's Read The Quran anjuran Zubedy (M) Sdn Bhd milik Anas Zubedy di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru semua supaya kembali kepada kitab Al-Quran.

Ini kerana, dengan memahami setiap mesej dan ajaran Allah SWT, ia turut dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan.

"Ramai daripada kita yang tidak memahami Al-Quran kerana ia dalam bahasa Arab dan kita hanya bergantung kepada orang-orang yang mengajarkannya kepada kita di mana ada di antara mereka mempunyai kepentingan yang lain.
"Oleh itu, kita harus kembali kepada Al-Quran supaya di kembali dipandu kerana ia merupakan ajaran terus daripada Allah SWT.

Rakyat Pahang Bangga Dengan Pencapaian Najib – Tengku Abdullah


Pekan – Pencapaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hari ini genap 40 tahun terbabit dalam politik tanah air, membanggakan rakyat Pahang.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menzahirkan perkara itu ketika berucap ringkas sebelum merasmikan Universiti Automotif DRB-HICOM (DHU) mewakili Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini, sebentar tadi.

“Bagi saya, 40 tahun Najib dalam politik adalah nostalgia besar maksudnya. Dulu tiada rambut putih sekarang kita tengok seluruh rambut dan keningnya putih yang menunjukkan beliau melalui banyak pengalaman.

“Kita harus berbangga dengan pencapaiannya, dulu beliau menjadi Ahli Parlimen kemudiannya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Besar, Menteri dan kini Perdana Menteri yang berasal dari Pekan, Pahang.

“Ini menunjukkan banyak pengalaman telah dilalui beliau. Banyak turun naiknya tapi kita kena bangga banyak pencapaian yang dilakukannya,” titah baginda.

Tanggal 21 Februari 2016 menjadi detik bersejarah kepada Najib kerana menandakan genap 40 tahun penglibatan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Muhammad Noah dalam arena politik.

Najib bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan pada 21 Februari 1967 pada usia 23 tahun sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982, sekali gus melakar sejarah sebagai Menteri Besar termuda iaitu pada usia 29 tahun.

Saturday 20 February 2016

Dasar Terbuka Punca Najib Dihujani Kritikan


KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar terbuka kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini menyebabkan Perdana Menteri dihujani dengan “peluru-peluru” kritikan yang pelbagai.

Beliau berkata, zaman kerajaan tahu semua perkara, atau betul dalam semua tindakannya sudah berlalu; dan kepimpinan sekarang bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan ramai, malah sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, media ‘konvensional’ yang melaporkan setiap fakta tepat atas platform jelas, turut membidas “wartawan” tanpa platform sebenar serta menulis mengikut ‘suka hati’ di media-media sosial.

Menurutnya mereka ini melakukan analisis dengan niat tersendiri, melakukan perancangan media, membuat fitnah, berusaha mencipta suatu imej yang amat negatif terhadap kerajaan, semata-mata untuk melakukan tindakan mencemarkan reputasi.

“Mereka mahu gambarkan bahawa setiap tindakan kerajaan itu sentiasa tidak betul. Ini tidak adil,” katanya dan menambah mereka tidak seharusnya melihat yang negatif sahaja, sedangkan segala tindakan positif kerajaan diketepikan begitu sahaja.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sebuah hotel di sini.

Ahmad Zahid juga menasihatkan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Beliau berkata bagi orang ramai menyedari kebaikan yang dilakukan memang amat sukar sekali, namun jika segala tindakan dilakukan dengan ikhlas dan berniat baik, kejayaan akan tetap tercapai. – Bernama

Rakyat Indonesia juga tidak suka dengan Bangla

Hari ini kita dikejutkan dengan sebuah video mengenai Tenaga Kerja Wanita (TKW) Indonesia yang diseksa dan di dera oleh seorang suspek berwarganegara Bangladesh. Menerusi akaun Facebook Lan Clavellis, suspek tersebut dipercayai merupakan teman lelaki  TKW yang diseksa seperti yang terdapat di dalam video terbabit.

"Sunguh kejam banglades yang melakukan ini.. buat para tkw berhati hatilah jgn mudah terpancing.. kita jauh jauh datang dari indonesia.. hinaan dan makian,lelah kita telan mentah mentah..jgnlah melakukan hal hal bodoh yg merugikan diri sendiri.. dan ingat apa tujuan utama kita dari indonesia" katanya.




Friday 19 February 2016

Harga Minyak Diunjur Stabil, Tiada Lagi Pengubahsuaian Bajet – PM


San Francisco – Datuk Seri Najib Razak berkata harga minyak mentah dijangka stabil pada harga semasa antara AS$30-40 setong, justeru tiada lagi keperluan untuk membuat pengubahsuaian bajet.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, jika harga jatuh di bawah AS$30, maka kerajaan mungkin perlu melihat semula kedudukan fiskalnya.

Pada hujung bulan lalu, Najib mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 berikutan penurunan ketara harga minyak.

Kerajaan menyemak semula unjuran harga minyak dalam bajet kepada antara AS$30-35 setong daripada AS$48 sebelumnya.

“Nampaknya harga minyak dijangka stabil pada harga antara AS$30 hingga AS$40 setong, dan pada paras lebih AS$30 buat beberapa ketika.

“Ini bermakna, ia sejajar anggaran dalam pengubahsuaian bajet kita, jadi tiada keperluan lagi untuk membuat pengubahsuaian tambahan.

“Jika ia jatuh di bawah AS$30, kerajaan akan melihat semula kedudukan fiskal kita,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada wartawan Malaysia yang mengikut lawatan beliau ke California, Amerika Syarikat.

Source: suaraTV

Kerajaan Tangguhkan Pengambilan Pekerja Asing – TPM


KOTA SAMARAHAN – Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara termasuk Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan mengkaji semula pembayaran levi tahap dua dan menumpukan perhatian kepada pekerja asing sedia ada.

Sepanjang tempoh penangguhan itu, katanya, semua sektor pekerjaan termasuk industri di negara ini diminta mengambil pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan.

“Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan semasa bagi pekerja asing di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera di Kem Muara Tuang, di sini hari ini. – UTUSAN

MMA cadang pekerja asing diberi rawatan kesihatan percuma

Ramai pekerja asing mengelak pemeriksaan kesihatan kerana tidak mampu sekaligus merbahayakan kesihatan rakyat tempatan.


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ashok Zachariah Philip mencadangkan kerajaan supaya menyediakan rawatan kesihatan percuma kepada semua pekerja asing yang sah dan tanpa izin.

Katanya, cadangan itu kerana bimbang apabila ramai pekerja asing mengelak untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan kerana tidak mampu.
Keadaan itu, katanya, menjadi punca merebaknya penyakit yang dibawa pekerja asing terutama TIBI.

“Kita menggesa supaya pihak kerajaan memastikan semua pekerja warga asing dididik agar dilindungi oleh insurans kesihatan dan rawatan untuk setiap diagnosis diberikan rawatan percuma.

“Ia penting bagi memastikan pekerja asing tanpa izin juga diberikan rawatan percuma bagi setiap penyakit berjangkit selagi mereka masih di dalam negara,” ujarnya lagi.

Katanya, adalah tidak wajar bagi kerajaan menghantar pulang pekerja asing yang didapati menghidap TIBI atau batuk kering.

Ashok berkata, selagi pekerja asing menerima rawatan dan dilindungi sepenuhnya, mereka seharusnya dibenarkan untuk terus bekerja di negara ini.


“Kita jangan lupa dan nafikan bahawa pekerja warga asing merupakan komponen tenaga kerja yang penting dan tidak boleh dibuang begitu sahaja walaupun mereka jatuh sakit. Kita harus melayan mereka dengan baik,” katanya.

Source: freemalaysiatoday

Thursday 18 February 2016

Lepas Kuih, Gadis Kelantan Promosi Lipstik Kemaluan Lelaki


KUALA LUMPUR : Setelah Kuih berbentuk kemaluan lelaki menjadi viral dilaman sosial, kini wujud pula Lipstik yang mempunyai bentuk yang sama.

Tindakan seaorang gadis dari Kelantan memuat naik gambar mempromosikan gincu bibir yang berbentuk kemaluan lelaki di akaun Facebook miliknya dilihat tidak sensitif terhadap budaya di negara ini dan ini telah menjadi viral di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Gadis tersebut sanggup menukar ‘cover photo’ facebook  semata – mata mahu mempromosikan lipstik tersebut.

Pengguna facebook telah menyifakan gadis berkenaan mempromosikan Lipstik berkenaan yang berjenama Diamond Dreams  sebagai gatal dan tidak sopan tambahan pula beliau merupakan seorang wanita.

Malah SuaraTV turut gagal untuk menghubungi beliau bagi mendapatkan komen lanjut berkenaan isu berkenaan.

Terdahulu, seorang wanita telah dikecam di laman sosial kerana gara-gara memuat naik gambarnya bersama kuih yang berbentuk kemaluan lelaki dan gadis berkenaan telah membuat laporan polis berkenaan isu terbabit.

Russia's first Islamic bank to open in March

The new lender will operate in the city of Kazan and deal with foreign investments.

Kazan is known as Russia’s Muslim capital. Source: Lori

The city of Kazan, which is sometimes referred to as the Muslim capital of Russia, is to host the country's first bank working in accordance with the principles of Sharia.

The bank, called The Partnership Banking Center, will start operations in March 2016 in the city, located 500 miles east of Moscow in Russia’s Tatarstan republic.

According to a representative of Tatfondbank, a Tatarstan-based institution that is one of the founders of the new project, the bank is being established using common practices prevalent in Southeast Asia and in the Middle East. 

The bank will focus on working both with individuals and companies, and will aim to channel Islamic investment into Russia. 

The Partnership Banking Center will also sign an agreement with the Islamic Development Bank.

The creation of the first Islamic bank became possible thanks to a new law submitted to the State Duma in late January, under which banks would be allowed to set up accounts whose funds could be invested only in line with an investment declaration, thus adapting the Russian banking system to the requirements of religious financial institutions.

Source: Russia Beyond The Headlines

Wanita Lapor Polis Selepas Selfie Bahalu Bentuk Zakar Jadi Viral


MIRI – Seorang ahli perniagaan pada Khamis membuat laporan polis mendakwa dimalukan selepas gambar selfie bersama baharu berbentuk zakar menjadi viral di media sosial.

Faridah Ulis, 45, berkata dia kesal apabila gambar yang dimuat naik untuk tontonan pengikutnya di Facebook disebarkan tanpa kebenaran hingga menjadi viral.

Dia yang juga dikenali sebagai Mamadot membuat laporan itu di Balai Polis Miri pada pagi Rabu.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini pada sebelah petang.

Gambar selfie itu menunjukkan dia memegang bahulu berbentuk zakar yang didakwanya dijual di sebuah kedai sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.

“Niat utama saya membuat laporan kepada polis dan SKMM adalah untuk mencari punca siapa berkongsi gambar selfie itu tanpa kebenaran,” katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Faridah berkata dia hanya berkongsi gambar selfie itu dengan rakan-rakannya di Facebook dan bukan untuk tatapan pengguna lain yang bukan dikalangan rakan-rakannya.

Menurut Faridah, gambar itu dimuat naik ke akaun Facebook beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.

Dia kemudian bertindak memadam gambar berkenaan selepas mengetahui ia disebarkan tanpa pengetahuannya. – mstar

KJ Sokong Syor Ahli Parlimen Belia, Kaji Semula Kesalahan Hisap Ganja?


Kuala Lumpur -Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin dikatakan menyokong syor seorang wakil Ahli Parlimen Belia yang mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kesalahan menghisap marijuana atau ganja di negara ini.

Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli ketika membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah pada sidang Parlimen Belia hari ini berkata, golongan muda tidak menganggap ganja sebagai dadah.

“Ganja bukan dadah… Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui di peringkat akar umbi,” katanya yang mewakili Selangor itu.

Kenyataan Ridhwan yang dilaporkan oleh portal The Star itu kemudiannya ditweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Rata-rata penguna media sosial menyifatkan tindakan KJ itu sebagai tanda menyokong syor yang dikemukakan itu.

Ridhwan turut berkata beliau tidak menyokong amalan menghisap ganja namun menegaskan isu ketagihan ganja di negara ini hanya menyumbang lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.

“Mereka kata bahawa ganja adalah sah di Amerika Syarikat dan Australia, yang merupakan sebahagian negara yang menganggotai TPPA.

“Jika demikian, kita harus menyusul dan setanding dengan mereka supaya tidak bertentangan dengan TPPA,” katanya lagi. – SuaraTV