Saturday 13 February 2016

Ahli Gusti Nyaris ‘Maut’ Dipukul Rani Kulup


KUALA LUMPUR: Seorang ahli gusti yang baru sahaja menang perlawanan gusti telah dipukul oleh Rani kulup sejurus selepas beliau turun dari gelanggang.

Kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan satu perlawanan gusti di Taman Tun petang tadi.

Insiden bermula apabila beliau menasihati ahli gusti tersebut sejurus selepas tamat perlawanan kerana ahli gusti tersebut telah memukul pihak lawannnya walaupun sudah kecundang.

“Sejurus selepas tamat perlawanan tersebut dibatalkan saya berjumpa dengan budak tersebut untuk menasihatinya.

“Budak tu kan dah kalah, apa yang kau pergi pukul dia lagi” katanya ketika dihubungi pihak SuaraTV.

Gara-gara tidak berpuas hati, ahli gusti terbabit telah mengugut beliau untuk tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis sebelum menolak beliau sehingga terduduk.

Kemudian  beliau membalas tindakan tersebut dengan memukul ahli gusti tersebut dengan tongkat yang dipegangnya berkali-kali sebelum dihalang oleh orang ramai.

“Saya kemudiannya bangun dan menendang beliau dan memukulnya dengan tongkat berkali-kali.

“Orang ramai yang berada ditempat kejadian kemudiannya bertindak menghalang pergaduhan tersebut untuk mententeramkan keadaan” katanya dengan nada marah sebentar tadi.

Dalam pada itu, Abdul Rani bagaimanapun belum memikirkan tindakan yang bakal diambil berhubung kejadian tersebut.


p/s: Steady Ayah Kulup hah ha .

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...