Thursday, 11 February 2016

Kempen Semakan & Daftar Pengundi


Negara Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Melalui sistem tersebut pengundi yang berdaftar layak mengundi parti atau individu tertentu bagi mewakili suara mereka di peringkat parlimen untuk membentuk pelbagai polisi dan akta yang dirasakan sesuai dengan kepentingan rakyat dan masyarakat di negara ini.

Berhubung kait dengan perkara tersebut, warga Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas perlu mengambil peluang bagi menyuarakan pandangan mereka ke peringkat kebangsaan melalui undian yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum berlangsung. 

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Di atas ini ialah link untuk membuat semakan Daftar Pemilih Bagi Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kaedahnya;

1) Klik link di atas
2) Masukkan no IC
3) Klik Semak
4) Kalau dah berjaya dia akan kluar result nama, no ic, alamat, Daerah Mengundi, dan lokaliti
5) Kalau tidak didaftarkan dia akan kluar result "Record Not Found"

Ketahui cara-cara untuk daftar sebagai pemilih melalui link di bawah;

http://www.spr.gov.my/index.php/pendaftaran-pemilih1?layout=edit&id=15#cara-untuk-mendaftar

For a better MALAYSIA !

Pohon viralkan dan ambil tindakan untuk daftarkan ahli keluarga, saudara mara dan sebagainya. 
Cepat, sementara masih belum terlambat !!!

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...