Saturday, 13 February 2016
(SUNNAH RASULULLAH VS ADAT MELAYU)
Berlaku dialog diantara Imam Surau dan seorang remaja yang belajar dalam bidang fiqh dan hadis:
Imam: Kamu tu baru pindah rumah,jangan lupa buat bacaan yasin sebab nak halau syaitan-syaitan dalam rumah tu.
Remaja: Erm insyaallah ,tapi tuan. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,Ahmad, at-Tirmidzi dan An-Nasai.Rumah yang dibacakan surah al baqarah syaitan tidak masuk di dalamnya. Ini sunnah.
Imam: Tapi baca surah yasin bila baru masuk rumah sebab nak halau syaitan kan dah ramai ulamak buat.Ulamak dulu dah lama buat.Budak budak sekarang baru belajar satu dua hadis dah nak melawan ulamak muktabar.
Remaja: Ulamak mana yang buat amalan itu?,adakah Imam Syafie,Imam Malik,Imam Ahmad,Sufyan Tsauri ulamak yang tuan maksudkan?
Imam: Err. Bukan.. tapi ustaz-ustaz dan tok guru kita dah buat.
Remaja: Tak salah nak baca apa apa surah pakcik,tapi ikut sunnah lebih baik.Perbuatan dan kata ustaz bukan hujah. Al Imam Al Zahabi dan Imam Malik pernah menyebut bahawa setiap kata kata seseorang boleh diterima dan ditolak melainkan kata kata Rasulullah.
Jadi lebih baik kita amalkan sunnah iaitu membaca surah al baqarah dapat menjadi pendinding daripada rumah dimasuki syaitan.Ini sunnah dan dalilnya terdapat dalam hadis riwayat muslim dan diletakkan oleh Imam Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya jilid 1.
Wallah hu a'lam .
Sumber: https://www.facebook.com/Amalkan-Sunnah-334826093204414/?fref=nf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...