Tuesday 9 February 2016

Hubungan Ustaz Azhar Idrus dan Dr.MAZA



Kebelakangan ini banyak fitnah yang berbentuk artikel, gambar atau video di sebarkan di media sosial. Tujuannya hanya satu, tidak lain dan tidak bukan ia cuba melaga-lagakan golongan alim ulama' serta memecah belahkan masyarakat yang berada di negara kita. Malahan yang menjadi lebih parah lagi apabila ramai di kalangan masyarakat kita pula hanya terus menghadam apa yang disebarkan tanpa usul periksa terlebih dahulu. 

Ingatlah Firman Allah s.w.t “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(QS. Al-Hujurat : 6)

Cuba kita tengok video dibawah ini, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Dr.Mohd Asri Zainul Abidin (Drmaza) elok sahaja duduk sepentas bersama-sama siap berjalan berpimpin tangan lagi. Tetapi video yang sedang viral di whatsapp sekarang ialah video UAI kritik Mufti Perlis, sebenarnya itu video lama. Masa itu UAI belum berjumpa Drmaza lagi. Video ini pula ketika mereka berjumpa.Tengok video ini,semoga ia bermanfaat untuk kita renung-renungkan.


Wallah hu a'lam .

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...