Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari
ini menegaskan Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)
bersama dengan 11 negara lain melalui terma-terma sendiri.
Najib berkata, terma-terma yang berjaya dirundingkan dalam
perjanjian perdagangan bersama Amerika Syarikat itu katanya ialah yang terbaik
yang dapat dilaksanakannya.
“Alhamdulillah kita sudah mencapai keanggotaan TPPA
berasaskan terma-terma yang kita sendiri tentukan. Inilah antara kejayaan yang
Miti capai,” katanya, merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri ketika perasmian bangunan kementerian berkenaan di Jalan Duta, Kuala
Lumpur, hari ini.
Najib turut merakamkan penghargaan kepada menterinya, Datuk
Seri Mustapa Mohamed susulan kejayaan tersebut.”TPPA amat mencabar. Saya
ucapkan terima kasih kepada Mustapa dan Miti. Walaupun berat dipikul berat mata
memandang tapi rundingan dengan rakyat berterusan meluas.
“Sebab itu kita hari ini, bila kita dari peringkat awal
setuju jadi anggota TPPA kita nak dengan terma kita,” katanya lagi.
Perjanjian berhubung TPPA diluluskan di Dewan Rakyat pada
Januari lalu dengan majoriti ahli Parlimen menyokong penyertaan Malaysia untuk
menyertai perjanjian perdagangan terbesar itu.
Perbahasan selama 2 hari dimuktamadkan selepas undian belah
bahagi menunjukkan 127 ahli Parlimen bersetuju Malaysia menyertai TPPA.
Manakala seramai 84 ahli Parlimen menolak usul yang di bawa
Mustapa itu. – SuaraTV.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...