Wednesday, 10 February 2016

Beli Senjata secara Online?

Baru-baru ini kita telah didedahkan dengan sebuah maklumat mengenai penjualan senjata tiruan secara dalam talian (online). Apa yang menjadi masalahnya ialah jika senjata tiruan ini jatuh kepada tangan-tangan kelompok yang mempunyai niat yang tidak baik seperti ingin merancang dan melakukan jenayah rompakan, maka ia sudah tentu akan mengakibatkan ancaman keselamatan yang lebih serius kepada masyarakat umumnya.


Laman facebook Airsoft Thai - Malaysia di dapati telah melakukan pengiklanan penjualan senjata tiruan ini secara terbuka. Semua kategori masyarakat berpeluang untuk memiliki senjata tiruan ini, asalkan mereka mempunyai modal kewangan yang cukup untuk memilih dan membeli senjata tiruan yang dipaparkan di laman terbabit.


Tindakan laman facebook tersebut yang menjual senjata tiruan secara terbuka ini turut mendapat pelbagai reaksi netizen.


Sebelum ini sahaja sudah beberapa kali kes rompakan yang mengunakan senjata tiruan telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan . 

Sehubungan dengan itu, diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih efisien dan sewajarnya kepada mereka yang terlibat. Ia perlu dilakukan bagi mencegah masalah yang lebih serius berlaku di masa hadapan.




* Video - Pistol tiruan yang mempunyai rupa bentuk dan ciri yang hampir sama dengan senjata api yang sebenar.

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...