Sunday, 31 January 2016

Peminat Tegar Dota Mengamuk!

DOTA




DotA. Perkataan yang tidak asing didengar sekarang ini . Semua orang membicarakan tentang DotA, sebuah konsol game yang  sedang memuncak naik saat ini. Siapa yang tidak kenal DotA? Dari budak Sekolah hinggalah ke pelajar Universiti, kebanyakan dari mereka menjadi peminat setia dan sentiasa mengikuti perkembangan game ini. Namun, tidak ramai yang mengetahui  sejarah permulaan game DotA ini.

DotA adalah singkatan dari Defense of the Ancients, DotA adalah sebuah "MAP" atau custom game untuk game Warcraft III. DotA terinspirasi dari map "Aeon of Strife" pada permainan StarCraft yang mana misinya adalah untuk menghancurkan "sumber nyawa" dari musuh iaitu "ANCIENT" yang berada di hujung map. Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah, para pemain WAJIB mempertahankan Ancient yang menjadi simbol nyawa kepada watak dan kumpulan yang mewakili mereka.

Walau bagaimanapun. disebabkan game DotA ini juga ramai anak muda yang jadi huru-hara. Antaranya, terlalu asyik bermain DotA dengan rakan dari selepas waktu isyak hinggalah masuk waktu azan subuh. Bayangkanlah berapa lama waktu terbuang, hanya semata-mata terlampau asyik melayan game ini. Ada kes seorang pelajar Universiti yang sampai ke tahap di buang Universiti, kerana CGPA terlampau teruk disebabkan sanggup tidak ke kelas semata-mata ingin bermain game terbabit.

Satu perkataan yang dapat diungkapkan melalui situasi tebabit ialah "ini semua korje gila!". Hendak berhibur boleh, tapi janganlah sampai hiburan itu terus melalaikan kita hingga tanggungjawab lain diabaikan. Di bawah ini disertakan satu klip video, di mana seorang peminat tegar hampir menjadi gila kerana akaun konsol game DotA beliau telah dihapuskan (delete) oleh ibu-nya.



No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...