Tuesday 26 January 2016

UPM Kampus Hijau Terbaik di Asia 2015



Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih sebagai Kampus Hijau Terbaik Asia oleh Universitas Indonesia (UI) dalam Kedudukan GreenMetric Universiti Dunia 2015. UPM juga telah disenaraikan sebagai universiti ke-17 terbaik di dunia berdasarkan usaha yang ketat untuk menggalakkan kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar yang berkesan.

Manakala dalam kedudukan No.1 di dunia, University of Nottingham telah dipilih menjadi kampus hijau terbaik di dunia. Di tempat kedua adalah University of Connecticut, diikuti oleh University of California, Davis.

Ranking mengenai kelestarian alam sekitar mengambil kira lebih daripada 40 indikator yang meliputi enam skop utama, yang terdiri daripada infrastruktur (15 peratus), tenaga dan perubahan iklim (21 peratus), sisa (18 peratus), air (10 peratus) dan pendidikan (18 peratus).

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...