Wednesday, 27 January 2016

Usul TPPA lulus 127-84 undi di Parlimen !

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bergambar selepas usul Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik diluluskan dengan undi belah bahagi di Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 27 Januari, 2016.


Perjanjian Perkongsian Trans Pasifilk (TPPA) yang dibahaskan di Parlimen selama 2 hari sejak semalam akhirnya diluluskan melalui undian belah bahagi di Dewan Rakyat. 

Ahli Parlimen pembangkang bangun dan meminta undian belah bahagi dilaksanakan ketika Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memulakan sesi undian suara selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed selesai memberikan ucapan penggulungan bagi usul tersebut.
"Berikut keputusan belah bahagi, tidak bersetuju dengan usul 84, yang bersetuju dengan usul 127," kata Pandikar, ketika membacakan keputusan pengundian.
Sementara itu, pada sidang medianya, Mustapa berkata, ia perkara terbesar pernah berlaku kepadanya sepanjang kariernya sebagai menteri. 
"Ini merupakan cabaran paling getir saya, dengan sokongan perdana menteri, dan ahli Kabinet, 'ini bukan one man show, ini collective effort'," kata Mustapa.
Beliau berkata, ini hanya permulaan kerana banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan.
"Saya cukup sedar ramai lagi yang bimbang dengan TPPA. Tugas masih belum selesai, ini perjalanan yang baru bermula. Banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya. 
Sejurus mendapat kelulusan Dewan Rakyat, TPPA akan dibawa ke Dewan Negara esok untuk dibahaskan sebelum diputuskan. 

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...