Thursday 31 March 2016

Tun M letak jawatan Pengerusi Proton Holdings

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  menerusi satu kenyataan mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings berkuatkuasa semalam.

Menerusi kenyataan yang  disiarkan di blognya hari ini, surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

"Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuatkuasa pada 30 Mac 2016.

"Keputusannya itu disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim," jelas kenyataan itu.

Selain itu, Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (Tida).

"Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Kabinet pada 11 Mac lalu telah menamatkan perkhidmatan Mahathir selaku penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Seperti diketahui umum Mahathir kini menjadi antara penentang kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. -SH

DUN Sarawak dibubar 11 April - Ketua Menteri

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengadakan sidang media mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia.

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11. Ia diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada sidang media khas, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, tarikh berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan dipersetujui dalam pertemuan pagi tadi.

"Sekarang terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

"Surat pembubaran DUN akan diserahkan oleh Speaker (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar)," katanya.

Sidang media khas itu diadakan di pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini. -BH

Wednesday 30 March 2016

RM60b aset beku tak boleh dilabur


KUALA LUMPUR - Aset RM60 bilion yang dibekukan dan tidak dituntut sejak kemerdekaan negara tidak boleh ‘dicairkan’ atau dilaburkan tanpa kebenaran pewaris.

Pensyarah Institut Antarabangsa Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Madya Dr Azman  Mohd Nor berkata, aset terbabit tetap mempunyai pewaris, namun belum dipindah milik secara sah.

“Ia agak sukar kerana perlu mendapat kebenaran pewaris. Harta beku ini ada pemilik dan pemunya, cuma belum dipindah milik secara sah.

“Maknanya masih ada lagi tuntutan hak ke atas pemilikan dan apabila ia sudah dijamin oleh ALLAH SWT, anak yang dikandung hatta orang yang tidak waras juga berhak untuk mewarisi harta pusaka.

“Justeru, adalah suatu kezaliman sekiranya kerajaan mencairkan harta terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dikemukakan peserta sama ada kerajaan boleh bertindak untuk mencairkan aset beku dan tidak dituntut, pada Seminar Faraid dan Perancangan Pewarisan: Isu Harta Beku dan Penyelesaiannya di Malaysia yang berlangsung di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), semalam.

Sehubungan itu, dalam konteks ini, Azman mencadangkan agar mekanisme penyelesaian proses pemilikan yang mengambil masa, perlu dikaji semula.

“Ini perlu dibuat kajian mengenai prosedur dan proses di mahkamah yang memakan masa.

“Dalam perkara ini yang perlu dibincang adalah mempercepatkan proses supaya dapat dilakukan dengan kos lebih efektif dan tidak memakan masa lama,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah berkata, proses pemilikan mengambil masa lama kerana  pewaris tidak mengemukakan dokumen lengkap.

“Harta yang tidak dituntut ini milik seseorang. Pihak berwajib yang memegang harta ini.

“Namun disebabkan ada dokumen yang tidak cukup, ini yang menyebabkan proses mengambil masa begitu lama. Ada waris yang mengambil masa sehingga lima tahun yang akhirnya berputus asa,” katanya.

Beliau secara peribadi berkata, dalam soal ini aset yang dibekukan dan tidak dituntut itu boleh dicairkan serta dilaburkan.

“Bila aset ini dilaburkan harta tersebut akan mendapat keuntungan dan pewaris berhak mendapat keuntungan (profit).

“Tetapi ini isu besar yang perlu pandangan kolektif oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Ada dalil dan hujah yang perlu dibincangkan bersama dengan mereka yang pakar,” katanya. -SH

Tuesday 29 March 2016

5 Mitos Tentang Minyak Enjin Kini Dibongkar


KITA semua tahu kereta memerlukan minyak enjin supaya dapat beroperasi dengan lancar. Peranan utama minyak enjin adalah melincirkan komponen bergerak dalam enjin, melindungi daripada kakisan karat dan menjaga kereta daripada enapan dan masalah asas enjin (dengan aditif detergen minyak moden).

Namun, fakta mengenai minyak enjin yang kita ketahui tidak semuanya benar atau sekadar mitos. Misalnya, kita tidak semestinya menukar minyak enjin setiap 5,000km dan warna minyak enjin gelap bukanlah bermaksud ia sudah kotor.

Artikel kali ini akan menyenaraikan lima mitos mengenai minyak enjin yang sering disalah faham oleh pemilik kereta. Sedikit pengetahuan di sini mungkin menyelamatkan wang poket anda. Bacalah…

1. TANDA ‘W’ PADA LABEL 10W-30 BERMAKSUD ‘WEIGHT’ (BERAT)



Apabila membeli minyak enjin, penting untuk mengetahui kelikatan minyak (viscocity) yang boleh juga disamakan dengan ketebalan. Semakin kurang kelikatan, lebih lancar pergerakan minyak dalam enjin dan mudah melincirkan komponen yang bergerak.

Minyak enjin terbaik memiliki kelikatan yang tidak terlalu tinggi (tebal) hingga sukar melincirkan enjin, atau kelikatan terlalu rendah (nipis) seakan air. Ada dua cara kelikatan minyak diukur:


  • Gred-tunggal
  • Gred-multi.


SAE30 ialah tipikal rating gred-tunggal, iaitu ujian dilakukan Persatuan Jurutera Automotif (SAE) ke atas minyak enjin menerusi peranti seperti tiub, termasuk merekodkan masa (dalam saat) yang diambil minyak itu untuk mengalir dari pangkal ke hujung tiub.

Rating kelikatan ialah nombor saat yang digenapkan kepada perpuluhan terhampir.

Jadi, minyak SAE30 mengambil masa 30 saat untuk mengalir melalui tiub tersebut. Rating kelikatan tunggal kadangkala dipanggil ‘berat’ (W) minyak. Namun, kelikatan minyak juga bergantung kepada suhu, sedangkan rating kelikatan tunggal hanya mewakili aliran minyak ketika cuaca panas. Apa akan berlaku jika anda menghidupkan kereta pada pagi musim sejuk yang bersalji?

Jawapannya, minyak akan mengalir perlahan. Di sini, rating kelikatan sejuk juga penting, dan rating gred-multi membolehkan anda mengetahui tahap kelikatan sama ada pada suhu sejuk atau panas.

Bagi minyak 10W-30, angka 30 bersamaan rating kelikatan SAE30 bagi minyak panas, manakala 10W mewakili rating kelikatan berdasarkan sistem rating standard dibangunkan SAE bagi penggunaan minyak ketika musim sejuk.

Kesimpulannya, W adalah Winter (Musim Sejuk) dan bukan ‘Berat’!


Apapun, pengguna Malaysia tidak perlu bimbang kerana musim hujan tidak termasuk dalam kategori musim sejuk.

2. MINYAK BERTUKAR HITAM SUDAH KOTOR DAN PERLU DITUKAR

Jika anda teliti mengenai penjagaan kereta, anda mungkin bimbang mengenai minyak enjin kotor yang menyebabkan enapan dalam enjin. Anda tarik tolok pengukur dan periksa warna minyak pada indikator. Apa yang anda dilihat, minyak sudah hitam dan tiada lagi berwarna kuning cerah seperti minyak yang baru ditukar. Menurut kefahaman anda, minyak itu perlu ditukar segera. Benarkah?

Salah. Faktanya terbalik. Jika anda menggunakan minyak enjin detergen (dan minyak enjin moden lain yang memiliki aditif detergen), minyak itu sebenarnya mampu bekerja seperti sepatutnya dengan menyebarkan partikel halus (yang mampu menyebabkan enapan enjin), dan mengapungkannya dalam minyak itu sendiri supaya enapan tidak terbina.

Sebab itulah minyak kelihatan gelap dan ia sama sekali tidak menghalang minyak daripada melakukan tugas melincir dan melindungi permukaan logam dalam enjin. Sudah tentu keupayaan minyak terhad dalam mengapungkan partikel di dalamnya dan akhirnya perlu juga ditukar apabila sudah tepu.


Anda cuma perlu mematuhi selang masa disyorkan pengeluar untuk menukar minyak enjin dan bukan kerana warna minyak bertukar hitam.

3. MESTI TUKAR MINYAK ENJIN SETIAP 5,000KM

Dulu, hampir semua pengeluar automobil menyarankan minyak enjin ditukar bagi setiap 5,000km. Penggunaan minyak enjin yang melepasi had tempoh akan menyebabkan enapan berlaku yang bukan hanya menyebabkan prestasi kereta terjejas, malah berisiko merosakkan komponen bergerak dalam enjin.

Fakta itu tidak lagi 100 peratus tepat. Minyak enjin detergen moden yang melalui proses penambahbaikan kelikatan minyak dan penemuan kejuruteraan auto terbaik membolehkan sesebuah kereta menukar minyak enjin dengan jarak perjalanan mencecah 12,000km.

Ya, anda masih tetap akan mendengar mengenai angka 5,000km, tetapi kebanyakkan kenyataan itu dibuat oleh pihak penjual minyak, termasuk pihak berautoriti dalam industri automobil. Namun, jangan pula dilupakan laporan pengguna seperti disiarkan majalah Consumer Reports (CR) di Amerika Syarikat yang tegas mengetepikan mitos berkenaan.

Menurut CR, kecuali anda memandu di bawah keadaan sukar yang luar biasa atau kerap memandu dalam situasi trafik henti-gerak, amalan menukar minyak enjin dengan jarak perjalanan 12,000km sepatutnya tidak akan menjejaskan enjin kereta anda.

4. CAMPURKAN ADITIF MINYAK ENJIN UNTUK TAMBAH ‘POWER’

Benar, aditif mampu menambahkan prestasi enjin. Tetapi syaratnya, aditif itu memang sudah siap ditambah ke dalam minyak.

Apa saja jenama minyak enjin bereputasi menawarkan aditif yang membantu meningkatkan indeks kelikatan dengan julat suhu yang mampu mengalir baik dalam enjin, selain memberikan sifat detergen yang melindungi enjin daripada enapan. Banyak juga minyak enjin yang mempunyai perencat karat untuk melindungi kakisan, dan bahan kimia untuk melindungi permukaan metalik.

Dengan kehadiran semua aditif itu, tindakan mencampurkan aditif tambahan mampu mencairkan minyak yang sudah sedia cair, sekali gus mengurangkan keberkesanan pelincir tersebut. Periksa manual kereta anda untuk melihat jika ada sebarang aditif khas diperlukan. Setakat ini, rata-rata kereta tidak memerlukan sebarang aditif tambahan kecuali beberapa enjin prestasi tinggi jenis eksotik.

5. MINYAK ENJIN SINTETIK PUNCA KEBOCORAN

Pada 1970-an, apabila minyak enjin sintetik (yang bukan hanya berasaskan petroleum, tetapi bahan kimia berasaskan stok seperti polyalphaolefin) menjadi popular, minyak itu gagal berfungsi baik dengan gasket dan penyendat dalam enjin kereta.

Minyak berkenaan menyebabkan penyendat mengecut, tidak seperti minyak enjin berasaskan petroleum, sekali gus menyebabkan kebocoran minyak misteri yang dapat dilihat di kawasan parkir dan garaj. Sesetengah pengguna masih takut menggunakan minyak sintetik kerana bimbang berlaku kebocoran dan memutuskan kekal dengan minyak berasaskan petroleum.

Ketakutan itu sebenarnya tidak berasas.

Pengeluar minyak beberapa tahun lalu sudah pun melakukan formulasi semula minyak enjin supaya masalah pengecutan tidak lagi berlaku. Ada beberapa punca yang menyebabkan minyak sintetik bocor, sekurang-kurangnya apabila anda menggunakan ia pada kereta lama yang sudah dipandu puluhan tahun menggunakan minyak berasaskan petroleum.

Minyak sintetik boleh membersihkan enapan minyak di penyendat yang mungkin menyekat retakan halus pada penyendat, sekali gus menyebabkan kebocoran.
Masalah ini tidak akan berlaku pada kereta baru, tetapi jika anda masih memandu kereta yang sudah berusia lebih 15 tahun, anda mungkin tidak mahu membuat keputusan terdesak untuk beralih kepada minyak sintetik.

Sumber: pandulaju.com.my

Undang Luak Johol pertama dilucut jawatan


KUALA PILAH – Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Datuk Mohd Jan Abdul Ghani, dilucutkan jawatan sebagai Undang Johol ke -14 berkuatkuasa 27 Mac lalu.

Perlucutan jawatan tersebut hasil kerapatan dan permuafakatan hampir kesemua datuk-datuk tertinggi Lembaga Adat dalam Luak Johol dan dibacakan secara rasmi oleh Datuk Jenang Zakaria Mohammad, di hadapan Datuk Mohd Jan, yang dihadiri oleh Buapak Yang Enam, dan Datuk Batin di Balai Undang Luak Johol, di sini, Ahad lalu.

Disebabkan perlucutan itu, mengikut tradisi jawatan tersebut akan diisi oleh Timbalan Undang Luak Johol, Datuk Baginda Tan Mas, Datuk Muhammad Abdullah.

Pada pengumuman itu, Datuk Jenang turut membaca 13 kesalahan yang telah dilakukan oleh Datuk Mohd Jan dalam adat Luak Johol sepertimana yang termaktub dalam buku ‘Gemuk Berpupuk Segar Bersiram’ yang diterbitkan pada 1996.

Ketua Buapak Yang Enam, Datuk Nenggarang Hasanuddin Ahmad berkata, kesalahan yang dilakukan beliau telah mula dikesan sejak dilantik menjadi Undang Luak Johol pada 13 Mac 2007.

“Kesemua 13 kesalahan beliau itu telah ‘menghina pesaka dan adat istiadat’ di bawah ‘Kesalahan Berat’ merujuk kepada buku ‘Gemuk Berpupuk Segar Bersiram’.

“Banyak perkara yang beliau lakukan membelakangkan Buapak Yang Enam, sebaliknya sistem pentadbirannya dipengaruhi oleh orang-orang di sekelilingnya yang mempunyai kepentingan peribadi serta puak-puak tertentu.

“Kami telah beberapa kali menegur namun, teguran kami tidak diambil peduli. Justeru, kami  beberapa kali melakukan mesyuarat dan mesyuarat terakhir dilakukan jam 10.30 pagi tadi (kelmarin).

“Mesyuarat telah mengambil keputusan untuk memecat beliau kerana didapati tidak layak lagi untuk memegang jawatan sebagai Undang Luak Johol Ke 14,” katanya ketika ditemui di rumah Jenang di Kampung Renggoh, malam Ahad lalu.

Terdahulu mengikut kronologi, pada 27 Mac jam 8 pagi, satu rombongan terdiri daripada Datuk Jenang dan Buapak Yang Enam, telah menghadap beliau di Balai Undang Luak Johol bagi membacakan 13 pertuduhan terhadapnya.

Kata Hasanuddin, kehadiran mereka ke Balai Undang Luak Johol meminta agar beliau membela diri, selepas pertuduhan kesalahan dibacakan, namun beliau gagal untuk berbuat demikian.

“Setelah kertas kesalahan selesai dibacakan, kami mengadakan satu mesyuarat khas bagi memutuskan hukuman terhadap beliau, dan sepakat untuk memecatnya.

“Kemudian tepat jam 3 petang , kami datang semula menghadap beliau di Balai Undang Luak Johol untuk menyerahkan surat pemecatan jawatannya berkuat kuasa 27 Mac,”katanya.

Sehubungan itu, pada jam 3.15 petang, Datuk  Jenang turut melantik Timbalan Undang Luak Johol, Datuk Muhammad, bagi mengisi kekosongan jawatan Undang Luak Johol yang baharu.

Pengumuman dibuat di hadapan Dato’ Batin, Buapak Yang Enam, Datuk’-Datuk’ Lembaga Adat, Datuk’-Datuk’ Buapak kepada Lembaga serta Juak-Juak dikediamannya di Kampung Tanggai.

Sinar Harian difahamkan, sekitar jam 12 tengah hari semalam, Ketua Buapak, Buapak Yang Enam, Datuk Jenang dan Tok Batin menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban, bagi menyerahkan satu salinan surat pelucutan bagi pemakluman kepada Tuanku.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri urusan berkenaan isu yang berlaku di Luak Johol, dan membiarkan Datuk-Datuk Lembaga Adat menyelesaikan permasalahan berlaku di luak berkenaan.

Katanya, pihaknya serahkan kepada luak tersebut dan Datuk Lembaga Adatnya untuk membuat keputusan, kerana ia melibatkan hukum adat di luak berkenaan, tidak melibatkan kerajaan negeri.

Difahamkan sejak pelantikan Undang Luak Johol yang pertama pada 1723 iaitu Undang Pertama- Datuk Sitiawan 1, ini adalah kejadian pertama perlucutan jawatan berlaku.

Usaha mendapatkan reaksi dari Undang Luak Johol yang dilucutkan jawatan setakat ini masih belum berjaya.

Sebelum ini, pelantikan baharu hanya dibuat setelah penyandangnya mangkat. -SH

Monday 28 March 2016

JAKIM siasat logo halal produk daging babi

JAKIM SIASAT PENYALAHGUNAAN LOGO HALAL UNTUK DAGING BUKAN HALAL


Sepang: Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menjalankan siasatan berhubung penyalahgunaan logo Halal Jakim untuk satu produk berasaskan daging babi membabitkan syarikat tempatan.

Memandang serius perkara yang menjadi viral di media sosial sejak semalam, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Dr Sirajuddin Suhaimee berkata berdasarkan alamat di pek pembungkusan berkenaan, kilang pengeluaran produk berkenaan dikesan di sebuah negeri di pantai timur.

Menurutnya, pengusahanya juga didapati mengambil kesempatan menggunakan tagline bertulisan mandarin, 'Spicy Malay Bacon' untuk menarik pelanggan.

“Adalah jelas produk berkenaan tidak akan diberi pengiktirafan Jakim kerana mengeluarkan produk makanan berasaskan daging bukan halal," katanya ketika ditemui pada Konvensyen Badan Pensijilan Halal ke-7 di sini, hari ini.

Beliau berkata perkara itu juga melanggar peraturan Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan penggunaan logo Halal sebagai alat pemasaran yang mampu menarik pelanggan Islam serta bukan Islam. -BERNAMA

Hasrat jumpa 'bayi ajaib' tercapai akhirnya

Nur Hamidah (kiri) bersama ahli keluarganya ketika tiba di klia2 pagi tadi. 
SHAH ALAM – Hasrat seorang anggota bomba, Norizan Saad yang ingin bertemu semula dengan bayi yang pernah diselamatkannya dalam kejadian runtuhan Highland Tower pada tahun 1993 tercapai.

Bayi berkenaan yang kini berusia 24 tahun, Nur Hamidah Nadjib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 8.20 pagi tadi untuk bertemu dengan pasukan yang menyelamatkannya dalam kejadian sekitar 23 tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Nur Hamidah yang ditemani ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, adik perempuan, Iftitahun Nabilah, 22, dan suaminya, Zahroni Ahda Ghoni Pratama, 26, bertolak dari Surabaya kira-kira jam 5.10 pagi tadi.

Mereka disambut oleh bapa Nur Hamidah, Nadjib.

Dalam pada itu, Nur Hamidah dijadualkan untuk menghadiri sesi temu ramah khas bersama TV9 di Sri Pentas dan menemui pasukan penyelamat dalam tragedi itu hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menghubungi semula seorang wanita yang diselamatkan dalam tragedi runtuhan kondominium Highland Towers pada Disember 1993.

Bibit-bibit pertemuan di antara Nur Hamidah dan pasukan penyelamat terlibat bermula selepas wanita berkenaan memuat naik sekeping gambar di laman Facebook yang menunjukkan dirinya yang masih bayi pada ketika itu sedang menerima rawatan dengan bantuan alat pernafasan.

Sebelum ini, satu blok bangunan Highland Tower di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh pada 11 Disember 1993 dan turut mengorbankan 48 nyawa. -SH

Sunday 27 March 2016

Tiga jam buang masa bersorak di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Wakil-wakil rakyat dari barisan kerajaan dan pembangkang di negara ini menghabiskan masa kira-kira tiga jam seminggu bercakar sesama sendiri ketika persidangan berlaku di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu jelas tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada kedua-dua pihak malah rakyat sudah tentu hairan melihat kelakuan wakil-wakil rakyatnya.

“Tapi jawapan yang diberi kepada saya, ‘inilah politik’,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Ketika ditanya tentang perbezaan dunia korporat dan politik yang dilaluinya, bekas Menteri Besar Selangor ini akui tidak gemar dengan sikap bermuka-muka yang wujud dalam arena politik.

“Sektor korporat ini kita lebih jelas, berfakta dan profesional tapi dalam politik, boleh jadi kadang-kadang kita bermuka-muka. Kita tunjuk depan kita terima tetapi di belakang kita tidak terima.

"Tidak semestinya dia cakap setuju itu, bermakna dia setuju. Itu mesti kita kurangkan. Saya harap perkara ini dikurangkan demi pembangunan negara.

“Saya dapati selepas saya tidak jadi menteri besar (pemimpin) terlalu banyak berpolitik. Politik sekarang menjadi terlalu kucar-kacir. Sebab orang asyik fikir politik. Pembangunan rakyat, bagaimana rakyat miskin yang kita boleh ubah tatacara pengurusan itu tidak sempat nak dibuat kerana sibuk bersorak di Parlimen,” katanya.

Menurutnya lagi, politik merupakan satu persaingan yang tiada undang-undang.

“Jadi, kalau kita main bola, angkat bola pakai tangan, pengadil akan (meniup wisel) berhentikan kita tapi dalam politik, kalau berlaku seperti itu, pengadil datang pun kita akan cuba jatuhkan bola dan boleh teruskan permainan. Maknanya ada kelonggaran yang sangat besar dalam politik ini,” katanya. -SH

Saturday 26 March 2016

Benar rakan guna pistol, anggota polis ke tali gantung

Inspektor Mohd Taufik Peter Abdullah (tengah) dihukum gantung
sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
IPOH – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas seorang pegawai polis berpangkat Inspektor selepas didapati bersalah membenarkan pistol miliknya digunakan rakannya untuk membunuh pekerja kedai emas ketika melakukan rompakan tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Samsudin Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Taufik Peter Abdullah, 49, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah sepanjang perbicaraan.

Mohd Taufik yang memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan berseluar putih kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan.

Samsudin dalam penghakimannya memberitahu, wujud percanggahan dalam maklumat serta keterangan saksi dan tertuduh semasa perbicaraan berlangsung.

Selain itu, beliau berkata, pihak pembelaan hanya menampilkan saksi yang mempunyai tali persaudaraan dengan tertuduh tanpa saksi berkecuali dan perkara ini secara tidak langsung dilihat menyebelahi tertuduh.

Dalam masa sama, Samsudin turut menyatakan tiada bukti tertuduh ambil langkah munasabah untuk mencegah dari melepaskan tembakan.

Mohd Taufik dituduh mengetahui rakannya, S Nagendran, yang kini sudah meninggal dunia, mempunyai senjata api dan melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kematian terhadap Chen Fun Kee.

Kejadian itu berlaku ketika tertuduh dan Nagendran melakukan rompakan di Max Goldsmith & Jewellery di No 15, Jalan Sultan Iskandar di sini, antara jam 3.30 hingga 5.10 petang pada 16 September 2009.

Mohd Taufik yang ketika ini digantung tugas, didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh, Muhammad Farhan Ahmad Fadzir dan Ashvinder Kaur. -SH

Friday 25 March 2016

Naib Presiden Pekida maut kemalangan

Motosikal Hasim Abd Hamid, 64, dirempuh kereta di
Jalan Alor Setar-Butterworth, Sungai Lalang, pagi tadi.
Sungai Petani: Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Hasim Abd Hamid, 64, maut selepas motosikalnya dirempuh kereta di KM51.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, di Sungai Lalang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kejadian dipercayai berlaku ketika kereta jenis Honda Accord yang dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala Gurun, melanggar mangsa yang sedang menyusur masuk ke laluannya kira-kira pukul 7.05 pagi.

"Mangsa dirempuh dari arah kiri bahagian belakang dan diseret kira-kira lima meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat," katanya hari ini.

Md Zukir berkata siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa yang juga Pengerusi Pekida Kedah dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Aman, selepas solat subuh di Masjid Al-Makmur, Sungai Lalang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Marnah Thakrip, 63, serta tujuh anak. - BERNAMA

Thursday 24 March 2016

Pegawai kementerian, pengarah syarikat ditahan

Putrajaya: Seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pengarah syarikat menjadi suspek terbaru ditahan berhubung siasatan kes sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata, dua suspek lelaki berusia 41 dan 31 tahun itu ditahan petang tadi di ibu pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan.

Menurutnya, pegawai berusia 41 tahun itu sebelum ini berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kira-kira sebulan lalu.
Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan dan penahanan tidak membabitkan sebarang rampasan.

Dalam pada itu, Azam berkata tempoh tahanan reman lelaki yang disyaki dalang sindiket itu bersama tujuh yang lain akan disambung selepas tempoh reman mereka berakhir esok.

Menurutnya, seorang wanita yang ditahan reman bersama tujuh individu itu akan dibebaskan dengan jaminan.

Jumaat lalu, SPRM menahan sembilan orang, termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian yang dikatakan menerima suapan dianggar RM20 juta.

Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama lapan individu ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi sindiket menyeleweng dana kerajaan RM107 juta. -BERNAMA

Wednesday 23 March 2016

KISAH BENAR HAMPIR DITIPU RM100K OLEH SCAMMER PROFESIONAL

Perkongsian oleh Encik Khairul Daim Ibrahim

17 March at 08:44 · 
KISAH BENAR HAMPIR DITIPU RM100K OLEH SCAMMER PROFESIONAL

Pada 5 bulan lepas kedai makan saya dikunjungi oleh 2 lelaki Cina. Dia perkenalkan diri sebagai Mr David dan seorang lagi ialah Uncle Wong. Mereka berhajat untuk order 50 bungkus nasi untuk Lunch dan 50 bungkus lagi untuk dinner setiap hari selama sebulan.

Bila dikira jumlah nya lebih kurang RM18,000. Mereka juga mintak harga setiap bungkusan dimarkup kan 50 sen. Ia dikira sebagai komisen sebab mereka sendiri yang akan ambil bungkusan nasi tu dan akan hantar ke tapak projek di taman connaught cheras.

Saya bersetuju.

Mr David kata harga kami memang ok dan rasa pun sedap sebab dia sudah test sendiri makan nasi di sini sebelum ni. Tapi katanya dia akan bagitau bos dia (projek manager) tentang hal ni dan akan inform saya secepat mungkin. Kalau semua ok dia akan cuba mintak bos dia bagi deposit untuk saya sambil mohon untuk mintak diri dulu.

Brape RM kopi dan teh ni bos?

Takpe lah Mr David, saya belanja minum. Lagipun kita sama-sama bisnes maa.

U pun kasi projek kat saya. U tolong saya. Saya tolong U balik maa.

Dalam hati tuhan saja yang tau betapa gembiranya dapat close deal yang bagus macam ni. Mana la tau ada rezeki nanti dia nak sambung sampai setahun.

Sebelah petang pula Mr David call saya. Katanya Manager dia dah setuju dan dia nak jumpa saya dan wife untuk bincang pasal deposit tu.

Dia nak jumpa esok kul 11pagi kat Aeon cheras selatan (Jusco Balakong). Jumpa di kopitiam sebelah dalam.

Saya pun bersetuju dan bagitau saya akan sampai sana tepat 11pagi esok. Wife pun gembira. Tak sabar rasanya menunggu hari esok pula.
.
Hari kedua. Lokasi Jusco Balakong.
.
Hari Khamis tepat jam 11pagi saya dan wife (Mona Mat Zain) pun tiba di Aeon Cheras selatan.

Saya terus call mr David nak jumpa kat mana. Dia kata dia dan Uncle Wong dah sampai dan sedang tunggu kami di Secret Recipe. Bila kami sampai nampaklah kerusi dah disiapkan untuk 6 orang. Mungkin diorang siapkan untuk bos2 diorang kot. Selang 5 minit Manager pun sampai. Dia perkenalkan diri sebagai Mr Lee.

Mr Lee agak berumur orangnya, berjanggut putih dan sempoi orangnya hanya berpakaian santai dan bertopi Nike kaler coklat cair.

Gaya pertuturannya memang nampak teratur dan fasih walaupun adakalanya ada sikit pelat. So bermulalah perbincangan kami mengenai katering bungkusan tersebut sama seperti yang dibincangkan semalamnya. Harga Mark up 50sen pun dipersetujui oleh Mr Lee. Rupanya Mr Lee pun ada share komisen tu.

Dan dia bagitau sebentar lagi boss besar Datuk Kong akan sampai juga untuk berjumpa kami dan seorang lagi untuk urusan jual beli tanah. Mr Lee kata dia akan tolong kami dengan bagitau bos suruh bagi deposit RM18000 terus hari esok. Kira sudah lock deal untuk 1 bulan. Kalau 1 bulan ok boleh sambung setahun.

Dalam hati tak berhenti ucap Alhamdulillah. Syukur ya Allah kau bantu kami dengan rezeki yang tak disangka ini. Bila semuanya sudah ok Mr Lee suruh kami tunggu sekejap sebab ada seorang kawan dia sudah sampai. Katanya urusan jual beli tanah.

Mr Lee pun suruh David call segera kawannya suruh jumpa di Secret Recipe ni. Selang 2 minit, kawan mr Lee yang disebut sebut pun tiba. Mr Lee perkenalkan dia kepada kami. Nama kawannya Mr Chong. Tanpa berlengah2 mr Chong terus keluarkan geran tanah dan 2 buku agreement jual beli dan ditunjukkan kepada Mr Lee.

Mr Chong : "ini tanah saya punya adik mau jual cepat. Sekarang dia di hospital Singapore mau operation cepat. Dia sudah agree suruh saya jual RM600,000. Tapi mau Cash"

Mr Lee : "Saya kena bincang dulu sama bos, apa macam nanti saya kasi tau sama u la." 
Mr Chong :" Apa macam hari ni boleh kasi tau ka. Sy mau pakai hari ini jugak woo"

Mr Lee terus membelek dokumen2 tersebut dan kemudian serahkan kepada saya untuk semak balik dokumen original dengan salinan dokumen geran tanah yang dipegang oleh Mr Lee sebelum ini.

Saya pun terpinga2 lah jugak kenapa saya yang disuruh semak dokumen tu padahal staff dia David dan Uncle Wong ada kat sebelah. Saya dah mula syak sesuatu.

Tapi hati bersangka baik lah jugak mungkin disebabkan geran tu dalam bahasa Melayu. Bila dokumen dah disahkan sahih, Mr Lee bagitau Mr Chong dia akan cuba bincang dengan big boss Datuk Kong kasi payment cepat.

Mr Chong pula bagitau mesti cepat sebab wife dia pun ada nak jumpa buyer lain sekejap lagi.

Mr Chong pun segera mintak diri mau cari barang sekejap dalam Jusco, nanti apa2 hal telepon dia segera. Selepas dia beransur, Mr Lee pun mula bincang dengan kami. Katanya harga yang ditawarkan mr Chong tu amat murah.

Harga asal tanah tu RM1 juta lebih sebelum ni. Sebenarnya tanah tu tak sampai pun 1 ekar tapi disebabkan kedudukan tanah tu terletak di hadapan kilang boss dia menyebabkan harga semakin mahal.

Setiap hari lori2 milik bos dia akan lalu kawasan tu dan dikenakan caj rm30 setiap lori. Sebulan lebih kurang hampir rm12000 bos dia terpaksa bayar kepada tuan tanah.

Dulu bos dia nak beli rm1 juta pun dia tak mau jual. Sekarang sudah sakit baru sibuk mau jual.

Sekarang arr... Ini tanah itu orang mau jual murah. 600k sahaja. Kita boleh kasi up rm900,000 jual sama saya punya bos.

Tapi saya mau mintak u kasi tolong jadi broker ini tanah. Kita tak boleh jual sendiri sama bos maa nanti dia bising sama kita. Nanti ada untung RM300,000 kita kongsi dua la. Kita ambil RM150,000, u amik jugak RM150,000 lorr. Amacam?

RM150,000.00 cash. fuhh..Siapa tak nak? Tapi bersambung lagi..."

Saya ingatkan perbincangan mengenai pembahagian untung sebanyak RM300k tu dah selesai.

Rupanya Mr Lee ada nak tambah sesuatu lagi.

"Nanti itu Datuk sampai you cakap sama Datuk ini tanah mahu jual RM950,000.

Kalau itu Datuk mintak kurang, you kira RM900,000 lorr. " tambah beliau sambil mengajar saya teknik closing power.

Saya bertambah risau sebenarnya. Dah la takde pengalaman langsung jadi broker tanah ni. Dengar komisen 150k tu memang sedap bunyinya tapi kena fikir juga apa risiko yang bakal menanti.

Sempat juga saya bertanya bagaimana perihal urusan dokumen dan pembayaran dari pihak kilang kepada penjual. Mr Lee mengatakan semua urusan akan dibuat secara Cash.

Kemungkinan besar Datuk Kong akan beli atas akaun personal dan akan dijual semula kepada syarikat dengan margin lebih tinggi.

Oh macam ni rupanya. Untung atas angin. Senangnya diorang ni buat duit. Kaya bertambah kaya.

Tapi hati saya dah mula rasa semacam. Rasa tak sedap hati.

Takan la diorang ni senang senang je nak kasi kami share yang besar. Padahal diorang boleh gunakan kawan-kawan diorang sendiri.

Tiba-tiba terlintas di fikiran rancangan TV kegemaran saya satu masa dulu iaitu "Hustle".

Siri TV ni mengisahkan 5 orang sahabat yang mempunyai kepakaran berbeza dan berpakat untuk mendapatkan duit secara menipu orang kaya. Tapi mangsanya terdiri daripada orang-orang kaya yang tamak dan jahat.

Cara kerja mereka memang smart dan sangat teratur sehinggakan mangsa tersebut sanggup menyerahkan berjuta dollar tapi tak berani buat report polis selepas sedar ditipu.

Lebih kurang cerita TV "Leverage" dan ada juga persamaan konsep dengan filem "Ocean's Eleven".

Ok lah berbalik kepada cerita tadi, Datuk Kong akhirnya tiba. Memang rupa macam Datuk orangnya. Dengan berbaju batik biru dan berseluar putih dia memperkenalkan diri.

"Selamat pagi. Sorry saya agak lambat sikit. Banyak urusan tadi. Ini pun saya sekejap saja. Sekejap lagi saya mahu pergi Singapore. Saya mahu tengok opis sana. Saya ada meeting petang ni" katanya yang agak fasih berbahasa Melayu berbanding dengan yang lain.

Mr Lee pun terus menerangkan pada Datuk Kong berkenaan perihal katering bungkusan dan juga situasi mengenai tanah yang ingin dijual oleh Mr Chong itu tadi.

Datuk Kong bersetuju dengan semua cadangan Mr Lee. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari beg bimbitnya.

Kelihatan sebungkus sampul surat kuning besar yang mengandungi sesuatu. Rasanya macam duit.

Datuk Kong : “Mr Lee, saya sudah setuju pasal itu tanah, sekarang saya bagi cash RM30k. Esok saya bagi balance U ambil di opis. U kasi itu orang dulu, kasi lock itu tanah sebelum orang lain ambil, ok..”

"Sekarang saya ada urgent matter dekat kilang Singapore. Saya kena pergi dulu yer. Ada apa hal U boleh bincang dengan Mr Lee. HP saya bateri sudah mau kong. Saya mintak diri dulu yer, kata datuk Kong."

Selepas Datuk Kong keluar, Mr Lee mintak David segera call Mr Chong. Takut lambat-lambat nanti tak sempat nak close deal tanah tersebut.

Dalam 2 minit Mr Chong pun sampai. Agak cepat juga dia sampai. Mungkin dia ada sekitar dalam Jusco Balakong ni.

Mr Lee pun terus mulakan bicara tanpa lengah lagi.

Mr Lee : “Mr Chong, Ok saya punya bos sudah setuju mau beli itu tanah harga RM600,000. Tapi sekarang bos saya mau kasi deposit dulu RM30 ribu janji close deal.”

Mr Chong : “Haiya.. Ini macam la. Saya sudah cakap tadi. Saya mau cash terus RM600,000. Saya mau pakai urgent. Abang saya sudah mau operation.”

You kasi tolong la sama saya. Ini harga sudah kasi U murah maa. U kasi I RM600,000 sekarang, saya terus kasi geran original. Nanti kita kasi tukar nama.

Mr Lee : “Boleh kasi kurang lagi ka boss?”

Mr Chong : “Ini sudah paling murah la boss, You kasi tau boss U la, saya mau urgent cash RM600,000 ok? Ada 600k cash, confirm close deal.

Saya sekarang tak boleh lama, saya mau pergi wife saya sana tengah jumpa olang mau beli ini tanah juga.”

Mr Lee : “Ok la Mr Chong, U pergi dulu, nanti I call balik. I mau tanya boss dulu apamacam.”

Mr Chong pun terus beredar segera.

Mr Lee segera panggil David dan Uncle Wong untuk bincang . Saya dah mula syak sesuatu.

Mr Lee bagitau kat David dan Uncle Wong, mereka mesti close deal tanah ni secepat mungkin. Mr Lee kata dia sanggup keluar duit simpanan dia sendiri di Bank berjumlah RM200,000. David pula boleh keluarkan sebanyak RM80,000 dan Uncle David pula RM50,000.

Tambah Mr Lee lagi beliau boleh dapatkan pinjaman RM100,000 daripada menantu dia. Ditambah dengan cash RM30k tadi, maka keseluruhan duit yang ada berjumlah RM460,000. Masih lagi kurang RM140k.

Jeng jeng jeng. Jangkaan saya dalam hati tadi tepat. Memang selepas berbincang sesama sendiri, mereka bertanya saya pula.

Mr Lee : “Ok En Khairul, sekarang aa kita sudah kumpul 460k, lagi tak cukup 140k. Boleh tak En Khairul support lagi 140,000 hari ni. Kalau tak dapat 140k, 100k pun boleh. Balance nanti takpe saya kawtim”

Saya pun pandang isteri. Dia pun pandang saya. Memang sebenarnya dalam akaun memang takde pun angka tu. Kebetulan ada payment dari pihak gomen berjumlah 5 angka masih belum masuk lagi waktu tu.

“Ok macam ni Mr Lee, saya bukan tak mau bantu U all, tapi sekarang saya punya payment katering dari gomen ada 50k masih banyak belum masuk lagi. Kalau ada pun saya boleh support 10k je dulu. Ada balance lagi untuk standby duit gaji staff dan modal untuk katering next projek. Saya tak boleh keluar semua.” kata saya dengan confident.

Padahal dalam hati Allah saja yang tau. Rasanya wife saya masa tu pun masih belum dapat tangkap permainan diorang ni. Mungkin masih dibuai untung segera 150k tu tadi.

David : “En Khairul, you kena bantu lagi maa. 10k tak cukup. Kalau boleh u cari 30k la. Boleh try pinjam sama kawan atau sedara la. Modal 30k, untung 150k maa. U manyak untung maa.”

Mr Lee “Takpa En Khairul, U keluar itu 10k, lagi tambah 20k u pinjam siapa siapa. Lagi balance tak cukup saya cari kawan. Janji close deal itu tanah.”

“Ok Mr Lee, sekarang saya dan wife mau pegi bank sekejap keluar duit dan pinjam duit kawan. Dah dapat nanti saya call Mr David”.

Lantas saya dan wife pun segera beredar sambil ditemani David yang beriya-iya mau hantar kami ke bank dengan kereta dia tapi saya terpaksa menolak sebab lepas pergi bank, saya kena ambik anak balik dari sekolah.

Sewaktu perjalanan menuju ke kereta saya beritahu wife yang semua itu tadi hanyalah scam dan lakonan mereka berlima semata-mata.

Wife saya pada mulanya macam tak percaya. Tapi bila saya bagitau semua aksi2 mereka yang mencurigakan barulah dia percaya. Astagfirullah. Macam tak percaya je kita hampir kena tipu dengan mereka.

Lebih kurang pukul 2 lebih, David pun call saya beberapa kali. Mulanya malas nak jawab, tapi selepas 10 kali miss call akhirnya saya jawab juga.

“David, saya sudah cari itu 20k tapi tak dapat la. Duit akaun pun saya boleh keluar 1k saja sebab tak cukup nak cover duit gaji staff. Sori la David, saya tak boleh join u beli tanah tu” kata saya. Sebenarnya nak mengelak bila cakap 1k tu.

David : “Takpelah En Khairul, u datang je bawak 1ribu tu, nanti kita bincang la apamacam nanti boleh kawtim sama Mr Lee.”

“Ok David. Nanti saya datang sana sekejap lagi”.

Fuyoo... Desperate nyer sampai RM1 ribu pun kau nak sailang jugak. Ingatkan dah tak nak tadi. Tapi rupanya dia kejar jugak. Sorilah Mr David, u salah orang kali ni.

Sepanjang petang tu saya terima hampir 20 call dari David. Tapi langsung saya tak jawab. Selepas tu terus senyap. Mungkin dia dah boleh agak ‘game’ diaorang tak menjadi hari ni.

Sebenarnya kami agak risau jugak kalau-kalau diorang akan datang ke Belimbing Corner. Boleh jadi kacau nanti. Tapi kami tetap tawakal juga, yang penting kami tak kena tipu berpuluh ribu dengan scammer professional macam diorang tu.

Maaf kalau kisah ni agak panjang tapi saya perlu huraikan dengan lebih mendalam bagi mengelakkan orang lain menjadi mangsa penipuan scammers ni di masa akan datang.

Diharap anda semua lebih berhati-hati bila mendapat peluang bisnes sebegini.

Mereka ni amat bijak. Segala perancangan telah diatur dengan baik. Mula-mula meraka akan pancing dengan projek yang berkaitan dengan bisnes kita. Lepas tu mereka akan mula keluarkan umpan emas yang lebih lumayan dan menggiurkan.

Dan sebaiknya bila berjumpa untuk sebarang projek kita ada berteman dan bukan berseorangan. Kena ada check dan balance. Kalau sorang silap-silap mudah hanyut.

* Maaf takde gambar diambil sewaktu perbincangan.

Silakan share pada sahabat anda.

Enam anggota penguat kuasa ditahan terima rasuah

SPRM
PETALING JAYA - Enam anggota penguat kuasa antara sembilan  individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  Selangor  kerana  disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu teksi dan kereta sapu yang mengambil penumpang  secara tidak sah di  Lapang Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA2, petang tadi.

Pengarah  SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razali  berkata, lima yang ditahan berusia 50 hingga 60 tahun bertugas sebagai pembantu penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Manakala tiga lagi merupakan pemandu teksi  yang menawar dan memberi rasuah kepada anggota penguat kuasa.

“Tangkapan oleh SPRM hari ini untuk membela nasib pemandu teksi yang selama ini tertekan dengan kehadiran teksi yang tidak mempunyai permit di KLIA tetapi boleh mengambil penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.

Hasil siasatan sindiket berkenaan telah membuat bayaran mingguan kepada pegawai penguatkuasa  berkenaan sebanyak lebih kurang RM600 ke RM720 bagi lima hingga  enam pengusaha teksi. Ke semua mereka yang  ditahan dijangka akan direman esok. -SH

Tuesday 22 March 2016

Malaysia destinasi pemerdagangan manusia

Pemimpin ASEAN serta 44 negara menyertai persidangan Bali Process mengenai isu penyeludupan,
pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan selama dua hari mulai hari ini. - Foto EPA
Bali: Malaysia kini menjadi negara destinasi sindiket pemerdagangan manusia menempatkan pendatang, berikutan kemajuan dan peluang pekerjaan yang ada.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedang mengambil beberapa langkah segera untuk menangani perkara itu kerana ia boleh membawa masalah jenayah domestik oleh rakyat asing.

Katanya kerajaan sangat komited membanteras jenayah pemerdagangan manusia dan akan memberi saranan kepada negara terbabit bagi mengatasi masalah berkenaan sempena persidangan Bali Process yang berlangsung di sini.

Beliau berkata, jika dahulunya Malaysia negara transit tetapi kini pendatang asing tanpa izin memasuki negara dan kemudian membuang segala dokumen pengenalan diri bagi menghilangkan identiti warganegara mereka.

“Dulunya Malaysia negara transit untuk rakyat asing ke Australia dan negara lain tetapi sekarang mereka menjadikan Malaysia sebagai negara destinasi terakhir kerana peluang pekerjaan yang ada," katanya di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berada di Bali bagi menghadiri persidangan Bali Process iaitu persidangan mengenai isu penyeludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan yang berlangsung dua hari mulai hari ini.

Katanya, antara masalah dihadapi ialah negara asal imigran haram itu tidak lagi mengiktiraf mereka sebagai rakyat kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata masalah seumpama itu akan dibincangkan dalam persidangan berkenaan oleh ASEAN dan 44 negara lain. - BERNAMA

Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat malam esok

Gerhana Bulan Penumbra. – Foto Wikipedia
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada esok iaitu 23 Mac.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya mula dapat disaksikan apabila bulan mulai terbit pada jam 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.

"Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan "Apogi" 77.5 peratus.

"Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum," katanya.

Beliau berkata, pihak Angkasa; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.

Menurutnya, Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. -Bernama

Monday 21 March 2016

TPP mungkin berkubur jika Trump jadi Presiden AS

Donald Trump
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri membayangkan yang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) mungkin berkubur sekiranya calon Parti Republikan, Donald Trump, menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru bagi menggantikan Barack Obama.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini berikutan pendirian Trump yang jelas tidak bersetuju dengan perjanjian berkenaan.

"Kita tidak mahu buat ramalan apa yang akan berlaku di AS, tetapi sekiranya ini berlaku (Trump menjadi Presiden AS) dan Kongres AS tidak bersetuju dengan TPPA, maka TPPA akan berkubur," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Mustapa berkata, terdapat peruntukan di dalam Bab 30 TPP yang menyatakan keperluan penyertaan AS dalam TPP kerana negara itu merupakan ekonomi terbesar dunia, iaitu kira-kira 20 peratus daripada pengeluaran dunia.

"Apabila kita merundingkan TPP, kita merasakan tanpa AS, ia kurang bermakna dan kurang berkesan," katanya.

Mengenai hasrat Trump yang ingin meminda TPP, termasuk memasukkan peruntukan berkaitan manipulasi mata wang, Mustapa berkata, perkara berkenaan tidak akan berlaku kerana TPP telah ditandatangani.

"Tidak akan ada apa-apa pindaan terhadap apa yang kita telah tandatangani bulan lepas," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat disambung esok. - Bernama

Jika ada 90 hanya 15 lulus

GAMBAR kenangan PASKAL pada awal penubuhannya.
Lumut: Bukan mudah mahu menjadi anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Dalam beratus individu yang memohon mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan.

Menjadi warga PASKAL menuntut pengorbanan fizikal dan mental melangkaui kemampuan manusia biasa bagi melayakkan mereka digelar ‘panglima hitam’.

Menceritakan jatuh bangun dan pengorbanan paskal sejak hampir 34 tahun lalu Panglima PASKAL Laksamana Pertama Jamalludin Mohd Saman berkata, warga PASKAL berbeza daripada pasukan khas lain dimiliki negara.

Jelasnya, anggota PASKAL yang dipilih perlu mempunyai naluri ‘waterborn’ (berasal dari air) sebelum dilatih dengan empat unsur latihan meliputi latihan di darat, laut, udara dan dasar laut.

“Bukan mudah untuk menyertai PASKAL, jika 90 individu yang menyertai latihan mungkin 15 sahaja yang akan lulus. Mereka perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal luar biasa bagi melayakkan mereka menjadi anggota PASKAL,” katanya.

Menurutnya, sebaik menyertai pasukan khas itu, mereka yang terpilih akan menjalani latihan asas komando selama tiga bulan sebelum dihantar ke sekolah terjunan payung udara.

Jamalludin berkata, sebaik lulus dua ujian itu mereka akan menyertai latihan penyelam kapal sebelum menempuh latihan dan ujian menjadi penyelam tempur yang melayakkan mereka ditauliahkan sebagai warga PASKAL seterusnya memakai beret berwarna ungu.

“Semasa sesi pemilihan, kita sudah tekankan bahawa jika mahu menjadi anggota PASKAL, mereka perlu bertubuh sasa dan berotot selain melepasi ujian kesihatan.

“Latihan fizikal seperti berlari, berenang diadakan di dalam kem sebelum mereka yang lulus dihantar menyertai latihan asas komando,” katanya.

Jamalludin yang juga warga PASKAL daripada kumpulan kedua sejak ia ditubuhkan dahulu memberitahu latihan dan ujian wajib lulus yang sinonim dengan PASKAL adalah ujian ‘Drown Proofing’.

Beliau yang kini berusia 58 tahun berkata, Drown Proofing adalah ujian di mana individu akan diikat kaki dan tangannya sebelum dicampak ke dalam kolam renang dan mereka perlu berenang dan mencapai misi mereka.

ANTARA latihan dijalani pasukan PASKAL.
“Bila dicampak ke dalam kolam renang mereka perlu berenang 50 pusingan. Selepas itu mereka perlu mengambil topeng menggunakan gigi. Ujian ini adalah persediaan sekiranya dalam situasi mereka dicampak musuh hidup-hidup ke dalam laut dan mereka perlu berusaha menyelamatkan diri,” katanya.

Memakai lambang ‘tri-media’ di seragam TLDM ibarat satu kebanggaan dan kepuasan buat mereka apabila berjaya melengkapkan ujian di darat, air dan udara.

Namun apa yang menanti mereka sebaik tamat latihan lebih menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang besar dalam memikul misi negara.

Jamalludin memberitahu, kejayaan merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel pada 20 Januari 2011 daripada lanun Somalia di Teluk Aden adalah kenangan manis buat pasukan itu.

Apa yang lebih membanggakan kapal itu berjaya diselamatkan selepas dua jam ditawan lanun kira-kira 300 batu nautika di Timur Oman.

Menceritakan peranan lain yang dimainkan PASKAL sejak penubuhannya, Jamalludin berkata, pasukan yang berpangkalan di Semporna, Sabah dan Lumut, Perak itu turut bertanggungjawab dalam melindungi aset kepentingan negara iaitu pelantar minyak daripada dirampas musuh.

“PASKAL terkenal dalam melawan keganasan maritim. Kami ada dua peranan iaitu mempertahankan perairan negara (green role) dan juga sebagai pasukan penentang perampas pelantar minyak (black role). Jika pelantar minyak negara tidak dikawal ia mendatangkan kerugian kepada negara,” katanya.

Biarpun mempunyai keanggotaan terhad iaitu tidak sampai satu peratus daripada warga TLDM namun berbekalkan semangat juang serta latihan sembilan bulan ditempuhi menjadikan mereka antara pasukan elit disegani di dunia.

Jamalludin memberitahu, biarpun pihaknya tidak menerima pengiktirafan secara terus di peringkat antarabangsa namun ia tidak menjadi masalah kerana pasukan Navy Seal Amerika Syarikat sering mengadakan latihan bersama PASKAL dan ia adalah satu penghormatan buat mereka.

Jelasnya apa yang lebih membanggakan banyak bekas warga PASKAL dikehendaki dalam syarikat perindustrian antarabangsa sebagai ‘sea marshall’ (penguasa pemerintah laut) kerana pengalaman dan kepakaran sebelum ini.

“Mereka amat dikehendaki oleh pemain industri minyak baik tempatan mahupun antarabangsa untuk bekerja sebagai ‘sea marshall’. Ini kerana mereka mempunyai kepakaran dalam membanteras aktiviti lanun dengan pengalaman dimiliki,” katanya. -myMetro

KJ sahkan pegawai KBS 'songlap' RM100 juta

Khairy ketika sidang media sebentar tadi.
PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementerianya.

Katanya, SPRM telah memaklumkan kepadanya beberapa mingu lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.

"Saya telah menyatakan kesediaan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi dibawahnya untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh,"katanya dalam satu sidang medianya di kementerianya hari ini.

Menggula lanjut, Khairy berkata pihaknya menyerah sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.

"Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai kanan kerajaan ditahan seleweng RM100j]

Terdahulu, SPRM telah menahan seorang Setiausaha Bahagian di sebuah kementerian pada 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, lapan lagi suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor.

Menurutnya, pegawai kerajaan berkenaan disyaki menjadi 'mastermind' yang mengarahkan salah sebuah agensi kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang tidak wujud.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. -SH

Sunday 20 March 2016

Letupan Istanbul: 3 rakyat Israel antara 4 maut

ANGGOTA polis forensik membuat pemeriksaan di lokasi pengeboman di Istanbul. - Foto Reuters
ISTANBUL: Tiga rakyat Israel dan seorang warga Iran terbunuh dalam serangan bom berani mati di sebuah daerah yang sibuk dengan kegiatan membeli-belah, di tengah Istanbul, hari ini.

Media tempatan Turki melaporkan, mangsa dikenali sebagai Simha Siman Demri, 60, Yonathan Suher, 40, Avraham Goldman, 70, (rakyat Israel) manakala rakyat Iran ialah Ali Riza Khalman.

Timbalan Menteri Kesihatan Turki, Ahmet Baha Otuken sebelum itu mengesahkan bahawa Simha Demri adalah antara empat mangsa yang maut dalam letupan itu dengan 36 yang lain cedera. - AFP

Saturday 19 March 2016

Pegawai kanan kerajaan ditahan seleweng dana RM100j

Antara barangan berjenama dan barang kemas milik pegawai kanan kerajaan berkenaan yang disita.

PUTRAJAYA – Seorang Setiausaha Bahagian di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, lapan lagi suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor.

Menurutnya, pegawai kerajaan berkenaan disyaki menjadi 'mastermind' yang mengarahkan salah sebuah agensi kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang tidak wujud.

“Pegawai kanan yang berusia 56 tahun itu telah mula berkhidmat dengan kementerian tersebut sejak 1998 dan dilantik sebagai setiausaha bahagian kira-kira lapan tahun lalu.

“Hasil siasatan awal, kegiatan sindiket ini telah berlaku sejak 2010 sehingga sekarang dan SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan penyelewengan itu telah berlaku beberapa tahun sebelum itu,” katanya dalam satu sidang media, di sini.

Beliau berkata, pegawai kanan tersebut menerima habuan daripada pihak kontraktor antaranya rumah, kereta mewah, pembayaran insuran dan unit amanah bernilai jutaan ringgit selain penggunaan kemudahan kad kredit supplementary serta pengubahsuaian rumah.

“Suspek juga didapati hidup terlalu mewah sehingga mampu membeli jam tangan dan beg tangan berjenama, pakaian serta barangan kemas yang ada diantaranya bernilai RM600, 000 selain kerap ke luar negara menggunakan penerbangan kelas pertama.

“Anggaran suapan yang diterimanya adalah mencecah RM20 juta dan SPRM telah bertindak menyita sejumlah 69 akaun bernilai RM8.33 juta, selain membekukan semua aset-aset miliknya bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan. Kesemua suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula 18 Mac,” katanya.

Azam berkata, SPRM akan terus menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sekiranya terdapat pihak lain yang turut terlibat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ujarnya lagi, SPRM akan memanggil saksi-saksi terutamanya dari kementerian terbabit untuk membantu siasatan lanjut yang kini giat dijalankan selain melihat sistem dan prosedur kementerian terbabit yang menyebabkan ketirisan dana merugikan kerajaan.

Sementara itu, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kertas siasatan yang dibuka SPRM terhadap isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan pembelian rumah jenis banglo pada harga rendah dari harga pasaran serta isu berkaitan penjualan tanah di negeri itu.

“Buat masa ini SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap setiap aduan yang diterima pihak kami, sebarang perkembangan akan diberitahu kelak,” katanya. -SH

MENGAPA REDHA SUAMI ITU SYURGA BAGI PARA ISTERI?

Gambar hiasan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa beliau melihat wanita adalah penghuni neraka terbanyak. Seorang wanita pun bertanya kepada beliau mengapa demikian? Rasulullah pun menjawab bahawa diantaranya kerana wanita banyak yang durhaka kepada suaminya. (Hadith Riwayat Bukhari Muslim)


ALASAN MENGAPA REDHA SUAMI ITU SYURGA BAGI PARA ISTERI

1. Suami dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
.
2. Suami dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah ibunya hingga dia beranjak dewasa.Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu,
perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.
.
3. Suami redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta dirimu.Padahal dia tahu, di sisi ALLAH, engkau lebih perlu di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya.Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi ALLAH.
.
4. Suami berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri.Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi.padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar.namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.
.
5. Suami berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja.Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
.
6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri.
.
Semoga wanita yang membaca tulisan ini mendapat jodoh yang soleh dan lelaki pula mendapat jodoh yang solehah serta diredhai ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin

Friday 18 March 2016

Tukang Gantung, Sebat Paling ‘Lejen’

KUALA LUMPUR – Sebut saja hukuman gantung, ramai yang berasa gerun namun bagaimana pula jika bertugas sebagai tukang gantung?

Menurut bekas wartawan Utusan Malaysia, Syahril Abd Kadir, tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai di Jabatan Penjara Malaysia (Penjara) kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual.

Malah Syaril yang pernah beberapa kali berjumpa dan menemurah ‘tukang gantung’ ini berkata, adakala pihak Penjara sendiri ‘pening kepala’ untuk mencari pegawai dan anggotanya yang sanggup menyandang jawatan paling menggerunkan yang dinamakan Pegawai Tugas Khas ini.

“Pagi ini aku nak bercerita mengenai tukang gantung, jawatan paling ngeri yang ada di Malaysia, mahupun seluruh dunia rasanya.

“Aku difahamkan, adakalanya Jabatan Penjara Malaysia pun ‘pening kepala’ untuk mencari pegawai dan anggotanya yang sanggup untuk melakukan tugas yang cukup mencabar mental ini.

Namun begitu, nak tak nak ‘jawatan’ itu perlu diisi dan yang pasti, bukan calang-calang orang yang boleh melaksanakan hukuman berat tersebut,” katanya di laman media sosialnya sebentar tadi.

Menurut Syahril lagi, salah seorang ‘tukang gantung’ yang pernah beliau ditemui ialah bekas Pengarah Penjara Marang, Tuan Abd Latiff Hussain.

“Antara ‘tukang gantung’ yang pernah dilahirkan oleh Jabatan Penjara Malaysia adalah Tuan Abd Latiff Hussain yang sudah pun bersara sekitar tahun 1995 dengan jawatan terakhirnya adalah Pengarah Penjara Marang.

“Beliau pernah ditanya seorang wartawan yang menemubualnya lebih 20 tahun lalu tentang berapa ramai banduan yang telah beliau gantung sampai mati? Latiff yang ketika bertugas sebagai pegawai di Penjara Taiping hanya menjawab: ” Jumlah banduan yang telah saya gantung mungkin LEBIH daripada apa yang anda bayangkan! ” tulisnya lagi.

Syaril turut menyifatkan Abd Latiff sebagai seorang pegawai penjara paling ‘lejen’ (lagend) kerana selain bertugas sebagai ‘tukang gantung’ beliau turut diberi tugas untuk melakukan hukuman sebat ke atas banduan.