SPRM |
PETALING JAYA - Enam anggota penguat kuasa antara sembilan individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu teksi dan kereta sapu yang mengambil penumpang secara tidak sah di Lapang Terbang Antarabangsa KLIA 1 dan KLIA2, petang tadi.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, lima yang ditahan berusia 50 hingga 60 tahun bertugas sebagai pembantu penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Manakala tiga lagi merupakan pemandu teksi yang menawar dan memberi rasuah kepada anggota penguat kuasa.
“Tangkapan oleh SPRM hari ini untuk membela nasib pemandu teksi yang selama ini tertekan dengan kehadiran teksi yang tidak mempunyai permit di KLIA tetapi boleh mengambil penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.
Hasil siasatan sindiket berkenaan telah membuat bayaran mingguan kepada pegawai penguatkuasa berkenaan sebanyak lebih kurang RM600 ke RM720 bagi lima hingga enam pengusaha teksi. Ke semua mereka yang ditahan dijangka akan direman esok. -SH
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...