Thursday, 10 March 2016

Misteri monumen Yonaguni


PENEMUAN monumen digelar sebagai Atlantis Jepun di Pulau Okinawa ini pernah mendapat perhatian banyak pihak kerana ia didakwa sebagai tinggalan sejarah berusia 10,000 tahun.

Ahli geologi marin, Masaaki Kimura di Universiti RyuKyus di Jepun telah menghabiskan masa selama 15 tahun untuk mengkaji Yonaguni dan beliau mendapati ia adalah buatan manusia.

Menurutnya, struktur terbesar kelihatan seperti rumit, monolitik dan piramid yang berada pada kedalaman 25 meter (m).

"Ia seperti zigurat, bentuk piramid bertangga yang biasa ditemui di negara Amerika Latin dan Timur Tengah. Terdapat 10 struktur lain ditemui di Yonaguni termasuk istana, lima kuil dan sebuah stadium besar.

"Apa yang paling menarik adalah kesemua struktur ini dihubungkan dengan jalan raya dan saluran air," jelasnya. 

Kimura berpendapat kenaikan paras air laut atau insiden gempa mungkin telah menyebabkan bandar itu tenggelam ke dasar laut. - collective-evolution

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...