Salji meliputi pokok di Sapa, sebuah bandar pergunungan di wilayah Lao Cai, Vietnam pada 24 Jan, 2016.PHOTO: EPA
TAIPEI 25 Jan. - Taiwan dan Thailand dilanda cuaca sejuk melampau dalam tempoh beberapa dekad, ketika negara Asia lain seperti China, Jepun, dan Korea Selatan turut bergelut menghadapi keadaan sama.
Di Taipei, suhu semalam jatuh ke 4 darjah Celcius, paling rendah dalam tempoh 44 tahun, mengakibatkan salji setebal 20 sentimeter terbentuk di kawasan pergunungan Yangming dan Taiping, keadaan yang jarang berlaku di negara tersebut.
Sebanyak 85 kematian dicatatkan sehingga semalam termasuk 35 mangsa di Taoyuan, utara Taiwan dengan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat hipotermia.
Sementara itu, di Bangkok, Thailand, penduduk memulakan rutin harian dalam keadaan sejuk apabila suhu mencatat bacaan 16 darjah Celcius.
Suhu di bahagian utara di Chiang Rai pula direkod pada 8 darjah Celcius, dan keadaan dijangka tidak berubah sepanjang hari selain akan berlarutan sehingga Rabu ini.
Di Hong Kong, suhu minimum mencecah 3.1 darjah Celsius direkod, paling rendah dalam tempoh hampir enam dekad.
Di utara China, stesen penyiar CCTV melaporkan suhu minimum mencecah -41 darjah Celsius di utara China kelmarin, paling sejuk pernah direkod sejak 1961.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...