Kisah Musafir dan Paderi di dalam sebuah perjalanan
Tersebut sebuah kisah mengenai seorang Pemuda Muslim yang melakukan perjalanan untuk mencari ilmu di kawasan pendalaman Indonesia.
Pemuda ini telah merantau di pelbagai tempat untuk mencari ilmu tentang keesaan tuhan-Nya. Takdir telah menentukan beliau untuk bertemu seorang lelaki tua di sebuah kawasan pendalaman yang jarang di masuki oleh orang luar.
Lantas pemuda tersebut terus menyapa lelaki terbabit, "hai orang tua siapakah anda ini?"
Orang tua itu memperkenalkan dirinya, di mana beliau mengatakan dia seorang Paderi yang tinggal di gereja di sekitar kawasan tersebut. " kelihatannya, engkau ini orang asing. Apa tujuan engkau datang ke mari?".
Pemuda itu berkata, "tujuan aku datang ke sini untuk bertapa menuntut ilmu".
Paderi itu kemudiannya berbicara lagi, "ilmu mengenai apa orang muda?"
"mengenai keesaan tuhan-ku". Paderi itu berkata lagi, " baiklah, alang-alang engkau sudah ada di sini mari aku bawakan kau ke tempat tinggal-ku".
Pemuda itu tanpa memikir panjang terus mengikuti paderi terbabit. Selang beberapa waktu mereka berhenti berehat di sebuah kawasan yang jalannya menuju ke gereja paderi terbabit.
Paderi itu kemudiannya mengeluarkan sebuah bekas di dalam karungnya dan terus memberi kepada pemuda terbabit. Di dalam bekas itu telah terisi seketul daging yang sudah dimasak.
"Daging apa ini?" kata pemuda terbabit. Paderi itu menjawab, "makanlah nak, itu daging babi. Aku berikan kepadamu kerana engkau kelihatan sangat letih dan lapar".
Pemuda itu terus berkata, "Agama aku mengharamkan memakan daging ini!".
Paderi itu dengan sinis menjawab, " oh kesian sekali ya ajaran agama-mu, kamu hilang satu nikmat yang sangat besar dalam kehidupan-mu untuk menjamah daging babi yang enak ini."
Tanpa membuang waktu, mereka kemudiannya meneruskan perjalanan.
Semasa hampir tiba di gereja tersebut, pemuda itu terus berkata. " Terima kasih atas pelawaan-mu. Cukup sampai sini pertemuan kita. Aku ingin mengerjakan hal lain dan kita terpaksa berpecah sekarang."
Pemuda itu berkata lagi, " Jika kamu selamat sampai, kirimkan salam-ku kepada isteri dan anak-anak-mu ya."
Lantas paderi itu menjawab, " hai anak muda, kamu ini gila ya? bukankah kamu tahu agama-ku tidak membenarkan orang agama (biarawan/biarawati) mereka untuk berkahwin. Kahwin sahaja tidak boleh, masakan aku bisa mempunyai isteri dan anak!".
Pemuda itu lantas menjawab, " oh kesian sekali agama-mu, mahu kahwin sahaja sudah dilarang. Satu hal yang perlu kamu tahu, kamu sudah hilang satu nikmat yang paling besar dalam kehidupan-mu iaitu untuk memiliki isteri dan zuriat. Malah nikmat perkahwinan ini lebih besar dan tiada bandingnya dengan nikmat yang hanya sekadar menyantap daging babi!.
Usai berkata demikian, pemuda tersebut terus meninggalkan paderi terbabit keseorangan dalam keadaan terpinga-pinga dan meneruskan perjalanannya ke destinasi yang ingin dituju.
Moral of story; Alhamdulillah ala nikmatul iman wa ala nikmatul islam. Anda bisa fikirkan sendiri.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...