Adakah Doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor Menjadi Kenyataan? Pada tahun 2000, Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS, pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato' Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu? Kebanyakan rungutan dan ketidak puashati yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dan berpunca serta asal usulnya datang dari Mahathir sendiri.
Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada media terutamanya media sosial dan blog untuk dihukumkan oleh masyarakat.
Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya.
Senarai salah laku Mahathir sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun kini bertambah setiap hari . Dato' Seri Najib Razak yang sebelum ini hanya sekadar menepis pelbagai tuduhan Mahathir atas sifat hormat dan bersikap budiman, mengenang jasa beliau dan dianggap sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada parti dan negara, kini telah kian lantang membongkar pula pelbagai dakwaan terhadap Mahathir yang pasti membuat kedudukan Mahathir dikaca mata rakyat semakin dipandang serong dan sangsi.
Walaupun ada yang menyebelahi Mahathir dalam krisis kini untuk menjadi pembela beliau, namun ramai di antara mereka sendiri turut terbabit dalam pelbagai kes yang bakal dibongkar itu. Malahan, mereka ini juga merupakan antara barisan utama dalam perbicaraan rakyat kini.
Dalam membela dirinya, Mahathir turut, tanpa disedarinya sendiri, telah membongkarkan pelbagai perkara yang sebelum ini rakyat umum tidak tahu. Betul atau tidak kata-kata Mahathir itu, yang pasti
apabila seseorang sudah berbohong dia akan berbohong lagi untuk menutup pembohongan lamanya dan dia akan terus melakukan pembohongan demi pembohongan bagi mengaburkan kesalahan yang pernah dilakukannya.
Wallah hu a'lam .
Kredit ; http://www.addindeen.com/
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...