Tuesday, 2 February 2016

Dr. Zakir Naik Diancam Bunuh!

Dakwah di Wilayah Gangster Besar dan Diancam Dibunuh, Dr. Zakir Naik Tidak Gentar dan Pantang Mundur

Dr. Zakir Naik Semasa Tiba Di Gambia Diiringi Oleh Pasukan Keselamatan Negara Tersebut

Reportase Terkini – Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan garis aqidah, syari’at dan akhlak   Islam  . Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da’a yad’u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.
Ada yang berani pergi berdakwah di kawasan yang dikuasai oleh gangster-gangster besar ?
Seorang yang benar-benar Pejuang tidak akan gentar dengan apa cabaran sekalipun, karena syurga adalah tempat istirahat bagi mereka.
Dia diancam bunuh di Afrika, namun berani untuk menyampaikan Islam dan berani mengambil risiko.
Satu hal yang kita perlu tahu, “Dunia hanya ditakluk oleh sang pemberani”.
Ungkapan ini telah dibuktikan oleh Zakir Naik ketika menyebarkan Islam di Afrika, beliau masuk ke setiap pedalaman Afrika untuk menceritakan kebenaran tentang agama Islam. Sewaktu ketibaan-nya di airport Gambia (Afrika), beliau dikawal oleh Polis dan Tentera negara tersebut dengan kawalan yang rapi.
Ini disebabkan kerana terdapat ancaman bahawa dirinya akan di bunuh jika ingin terus meneruskan usaha dakwah di sana.
Kerajaan Gambia (Afrika) menasihati supaya beliau tidak meneruskan ceramahnya tetapi Dr Zakir Naik tetap teguh meneruskan jelajahnya.
Subhanallah begitu besar nya perjuangan Zakir Naik dalam menyampaikan dakwah meskipun keadaan tidak selamat, beliau Tetap Menyampaikan Dakwah Walaupun Nyawanya Terancam !
Semoga usaha beliau ini dapat menjadi ibrah (pengajaran) dan sekaligus menambah wawasan keislaman kita. Insya-ALLAH, Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...