Kuala Lumpur – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan
Iskandar dikatakan telah membeli sebuah pesawat eksekutif Boeing Business Jet
(BBJ) 737/800 yang baharu.
Menurut sumber penerbangan, pesawat peribadi tersebut kini
dalam perjalanan dari Washington ke Johor Baharu dan ia dibina dengan ciri khas
dimana ia mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh Sultan Johor dan
berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti.
Menerusi gambar yang dikongsi, pesawat peribadi itu
mempunyai jalur bewarna biru dibahagian tepi, manakala warna utama adalah
keemasan, selain terdapat logo bendera Johor di bahagian badan pesawat itu.
Bagaimanapun, harga pesawat peribadi itu tidak dimaklumkan,
namun berdasarkan harga pasaran, pesawat tersebut dianggarkan berharga sekitar
USD96 juta (RM 405,993,600).
Berdasarkan laporan Airliner.net, BBJ adalah pesawat
peribadi korporat jarat jauh yang dihasilkan selepas Boeing siri 737-700 dan
800.
Pesawat BBJ menggabungkan rangka Next Generation 737-700
termasuk sayap yang telah diperkukuhkan, fiuslaj dibahagian tengah dan gear
pendaratan yang lebih besar dan berat berbanding siri 737-800, dengan
dianggarkan tiga ke sepuluh muatan tangki minyak simpanan.
Oktober lalu Sultan Ibrahim membeli sebuah trak berjenama
Mack yang menjadi kebanggaan rakyat Johor manakala sempena ulang tahun
kelahiran yang ke-31, anakanda baginda Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail
Sultan telah dihadiahkan dengan sebuah jet peribadi. - SuaraTV
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...