Thursday 11 February 2016

Pengusaha restoran nasi kandar maut ditembak

Kalau anda masih ingat lagi dengan wajah ini, Allahyarham pernah viral akibat tindakan berani Allahyarham 'menyerang' Ibu Pejabat JPJ Batu Uban, kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan status kenderaan yang telah dilupuskan.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah akibat dibunuh dengan 6 das tembakan dalam satu kejadian berhampiran Komtar, Penang lebih kurang jam 4 pagi, Allahyarham Amin meninggal dunia di tempat kejadian.

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham Amin dan semua sahabat
Al Fatihah...


Lokasi kejadian tembak

GEORGETOWN - Seorang pengusaha restoran nasi kandar maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato Keramat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali Syed Amin Jainul Abidin, 46, mati ditempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di bahagian kepala, badan dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes dikatakan berhenti di hadapan sebuah kedai selepas menyedari dia diekori dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, salah seorang suspek dikatakan turun dari motosikal tersebut dan melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat dan lima das tembakan terkena pada mangsa manakala satu lagi tersasar.

"Suspek juga dikatakan cuba menembak dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia yang bertugas mengawal premis perniagaan berhampiran namun tembakan itu juga tersasar,"katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Zakaria berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif pembunuhan.

Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran dengan tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Kita akan menyiasat dari semua sudut dan kes akan disiasat mengiukut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Difahamkan, selain mengusahakan restoran nasi kandar, mangsa juga memiliki sebuah pusat mencuci kenderaan di Jelutong.

Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Sumber: sinarharian

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...