Friday, 5 February 2016

Tip khas memandu pada waktu malam

Gambar hiasan

CARA bagus untuk mengelakkan kesesakan, tetapi mungkin sedikit berbahaya apabila keadaan menjadi semakin gelap. Pada waktu malam, jarak pandangan terhad. Anggaran jarak, pengecaman warna dan pandangan akan terjejas sebaik sahaja matahari terbenam.

Di sini ada beberapa tip berguna untuk mereka yang suka memandu pada waktu malam.

1. Sentiasa Peka - Ya, anda mungkin seorang pemandu yang bagus pada waktu malam. Tetapi jangan anggap semua orang sama seperti anda. Sentiasalah peka – periksa dengan teliti pergerakan kenderaan lain ketika anda melalui simpang atau berhenti, walaupun anda
sudah berada di laluan betul. Ambil sedikit masa melihat pergerakan kenderaan lain apabila lampu merah bertukar hijau, berikan lebih ruang kepada kenderaan lain. Ingat bahawa kenderaan mungkin kelihatan lebih jauh pada waktu malam berbanding jarak sebenarnya.

2. Jangan Mengantuk - Memandu dalam mengantuk bahayanya seperti memandu ketika mabuk. Ketidakupayaan kognitif selepas 18 jam berjaga sama dengan seseorang yang darahnya mempunyai kandungan alkohol (BAC) sebanyak 0.05%. Selepas 24 jam berjaga, ketidakupayaan sama seperti BAC 0.10%, lebih tinggi berbanding had dibenarkan oleh undang-undang.

Jika anda mula berasa penat, berhenti dan kemudian cari stesen minyak atau pusat rawat dan rehat di sepanjang lebuh raya. Berjalan, ambil udara segar atau tidur seketika. Tidur selama 20 hingga 30 minit boleh mengurangkan rasa penat.

3. Lampu Dalaman Kenderaan - Memandu dalam keadaan lampu pada panel papan pemuka kereta menyala dengan terang boleh mengurangkan keupayaan mata apabila melihat ke arah jalan yang gelap di hadapan.

Pastikan lampu papan pemuka dimalapkan dan padam lampu-lampu kecil ketika memandu.

4. Bersihkan Cermin Anda - Jalur-jalur pada cermin utama, tingkap dan cermin boleh mengakibatkan cahaya silau. Pastikan anda membersihkan cermin dengan kerap dan simpan sehelai kain lembut di poket pintu untuk digunakan.

5. Jangan Ikut Cahaya Lampu - Memandang tepat ke arah lampu kenderaan bertentangan akan menjejaskan pandangan anda pada waktu malam, biarpun selepas kereta itu sudah jauh pergi. Cuba gunakan garis di sebelah kiri bahu jalan sebagai penanda untuk membantu
anda berada di laluan yang betul ketika bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

6. Gunakan Lampu Tinggi Dengan Bijak - Jangan jadi pemandu yang membuatkan pemandu dari arah bertentangan silau kerana lampu tinggi yang anda pasang. Matikan lampu tinggi apabila ada kenderaan semakin hampir bagi membolehkan pemandu mempunyai pandangan lebih jelas.

7. Memandu Sendirian - Memandu seorang diri pada waktu malam boleh membuatkan anda rasa sunyi. Tetapi dengan Sync, anda mempunyai banyak pilihan untuk mendengar muzik. Sama ada mendengar penstriman muzik daripada telefon pintar, dengar lagu kegemaran melalui peranti mudah alih yang dipadankan dengan SYNC atau mendapatkan saluran radio dan aplikasi podcast kegemaran anda. Dengan Sync, anda tidak akan rasa sunyi lagi.

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...