Monday 22 February 2016

Belajar, fahami kandungan Al-Quran - Tun Mahathir

Tun Mahathir sebelum itu merasmikan kempen Let's Read The Quran anjuran Zubedy (M) Sdn Bhd milik Anas Zubedy. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju sekiranya murid sekolah belajar Al-Quran yang diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami.

Beliau berpendapat, ini bagi membolehkan generasi masa depan bukan sekadar membaca tetapi memahami setiap isi kandungan Al-Quran itu sendiri.

"Saya fikir sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dan mengajar apa yang terkandung di dalamnya dalam bahasa yang kita fahami, kita akan mendapat panduan," katanya selepas merasmikan kempen Let's Read The Quran anjuran Zubedy (M) Sdn Bhd milik Anas Zubedy di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyeru semua supaya kembali kepada kitab Al-Quran.

Ini kerana, dengan memahami setiap mesej dan ajaran Allah SWT, ia turut dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan.

"Ramai daripada kita yang tidak memahami Al-Quran kerana ia dalam bahasa Arab dan kita hanya bergantung kepada orang-orang yang mengajarkannya kepada kita di mana ada di antara mereka mempunyai kepentingan yang lain.
"Oleh itu, kita harus kembali kepada Al-Quran supaya di kembali dipandu kerana ia merupakan ajaran terus daripada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...