MIRI – Seorang ahli perniagaan pada Khamis membuat laporan polis mendakwa dimalukan selepas gambar selfie bersama baharu berbentuk zakar menjadi viral di media sosial.
Faridah Ulis, 45, berkata dia kesal apabila gambar yang dimuat naik untuk tontonan pengikutnya di Facebook disebarkan tanpa kebenaran hingga menjadi viral.
Dia yang juga dikenali sebagai Mamadot membuat laporan itu di Balai Polis Miri pada pagi Rabu.
Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini pada sebelah petang.
Gambar selfie itu menunjukkan dia memegang bahulu berbentuk zakar yang didakwanya dijual di sebuah kedai sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.
“Niat utama saya membuat laporan kepada polis dan SKMM adalah untuk mencari punca siapa berkongsi gambar selfie itu tanpa kebenaran,” katanya kepada Bernama di sini Khamis.
Faridah berkata dia hanya berkongsi gambar selfie itu dengan rakan-rakannya di Facebook dan bukan untuk tatapan pengguna lain yang bukan dikalangan rakan-rakannya.
Menurut Faridah, gambar itu dimuat naik ke akaun Facebook beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina.
Dia kemudian bertindak memadam gambar berkenaan selepas mengetahui ia disebarkan tanpa pengetahuannya. – mstar
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...