Friday 12 February 2016

Genap Setahun Pemergian Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Doa beliau kepada Najib Razak serta Zahid Hamidi


Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah meninggal pada 12 Februari 2015. Hari ini 12 Februari 2016 bersamaan hari Jumaat iaitu "Penghulu Segala Hari" maka genaplah setahun sesudahnya pemergian Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggalkan kita, bumi Kelantan dan bumi Malaysia bahkan Duniawi ini.

Namun, segala perjuangan dan pengorbanan beliau dalam usaha memartabatkan agama Islam di muka bumi Malaysia yang tercinta ini, pasti tidak dapat dilupakan oleh sebahagian besar masyarakat. Sewaktu beliau hidup, beliau sering dituduh dengan pelbagai tomahan serta dilemparkan dengan bermacam-macam fitnah oleh pihak-pihak tertentu.

Walau bagaimanapun, beliau masih tetap utuh mempertahankan prinsip perjuangannya untuk melihat syariat agama Islam dapat diterapkan serta digunapakai secara keseluruhannya di negara ini pada suatu masa nanti.

Semasa kehidupannya, beliau pernah mendoakan agar Dato' Najib Razak dan Zahid Hamidi diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t dalam hal kepimpinan jika sekiranya mereka benar-benar mempunyai ciri-ciri serta kelayakan untuk memimpin. Namun, jika berlaku sebaliknya beliau memohon kepada Allah s.w.t agar era pemerintahan mereka dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada orang lain.

Adakah doa Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menjadi kenyataan??? Sewaktu video ini dirakam Dato' Zahid Hamidi masih belum menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Saksikan video tersebut di bawah ini;


Wallah hu a'lam .

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...