Thursday 25 February 2016

Jangan Letak Telefon Bimbit Bawah Bantal Kata Polis


New York – Jabatan Polis New York (NYPD) memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan tidur dengan telefon bimbit yang diletakkan di bawah bantal bagi mengelakkan sebarang kejadian boleh mengundang bahaya , lapor akhabr The Daily Mail.

Menurut akhbar tersebut, pihak bomba negara itu sebelum ini telah memberi amaran tindakan meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj antara bantal dan katil boleh menyebabkan bateri menjadi terlalu panas sebelum terbakar atau meletup.

Ketua bomba dari Hamden, Connecticut, David Berardesca memberitahu NBC telefon bimbit perlu diletakkan di tempat-tempat yang mempunyai pengalihan udara yang baik.

Menurutnya telefon bimbit dan peralatan yang mengunakan bateri perlu diletakkan di permukaan yang keras bagi mengelakkan ia menjadi terlalu panas.

Berardesca berkata demikian ekoran kejadian seorang remaja berusia 15 tahun mendapati katilnya hangus dijilat api selepas telefon bimbit yang sedang dicaj, terbakar.


Menurut Daily Mail, dala kes yang berasingan seorang lagi remaja, Ariel Tolfree, 13, nyaris mengalami kelecuran teruk apabila katilnya musnah dijilat api disebabkan perkara yang sama.

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...