Monday 8 February 2016

Membongkar Kisah Mufti Perlis Yang Kita Tidak Ketahui


Ayah Dr Maza atau lebih dikenali sebagai paklong menceritakan kepada saya kisah anak beliau iaitu Profesor Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Dr Maza yang merupakan mufti negeri perlis....

- Ketika itu Dr Maza menjadi pensyarah di USM.Beliau dijemput untuk menjadi mufti di negeri perlis.Beliau menolak jawatan itu .Kemudian beliau di desak berkali kali.Akhirnya beliau terpaksa menerima jawatan itu.Selepas itu beliau balik ke rumah mengadu sambil menangis menceritakan kisah mengenai jawatan tersebut kepada emak kandungnya sendiri "bala apa lah yg datang...jawatan ini terlalu berat untuk saya"

- Ketika beliau menjadi mufti.beliau melawat ke semua masjid termasuk di kampung-kampung.Di sana beliau mempunyai musuh.Orang-orang yg membenci beliau mengatakan Dr Maza wahabi dan sesat dan mereka mencipta kisah palsu kononnya Dr Maza menampar tangan tok imam sebab berdoa beramai ramai lepas solat dan kononnya DrMAZA menampar tangan tok imam ketika membaca qunut.

- Ada seorang ustaz terpengaruh dengan kisah palsu ini.Kemudian ustaz ini bercerita dalam kuliahnya di perak.Ustaz itu mengatakan di perlis ada mufti yg bahaya membawa ajaran sesat dan biadap menampar tok imam yg berdoa.Dalam kuliah ustaz itu ada emak saudara Dr Maza. Emak saudaranya terus menelefon keluarga Dr Maza untuk mengetahui perkara sebenar.Kemudian DrMaza memberitahu bahawa beliau tidak pernah pula tampar orang. Kata DrMaza kepada emak saudaranya "kalau salam dengan orang tu selalu la.Tolong bagi tahu orang mana yang saya tampar..boleh saya pi mintak maaf kat dia kalau betul benda ini berlaku"....

- Emak saudara Dr Maza pergi berjumpa ustaz yang menuduh Dr Maza itu lepas kuliah.Emak saudaranya pergi berjumpa dengan ustaz tersebut dan berkata "ustaz tau tak sapa mufti perlis yg ustaz kata sesat dan biadap tu...dia anak saudara saya..saya jaga dia dulu waktu kecik..dia tak pernah pukul orang...saya nak ustaz cakap sapa orang yg Dr MAZA tampar...boleh dia pi mintak maaf".Selepas kejadian tersebut ustaz itu tidak lagi datang bagi kuliah di masjid tersebut.




- Seperti mana yang kami update sebelum ini,Drmaza juga antara orang yang berpengetahuan dalam bidang hadis walaupun ramai yang cuba menafikannya.Kitab hadis karangan beliau mengenai asbabul wurud telah dicetak di Beirut Lubnan.Kitab karangannya telah dijual di negara arab.Yang lebih mengejutkan lagi,kitab hadis karangan beliau dijadikan sebagai silibus universiti di negara timur tengah.Tetapi beliau bukanlah muhadith seperti Imam Bukhari yang menghafal ribuan hadis.Akan tetapi ilmu beliau kita hormati dalam membawa sunnah di dalam negara kita.

- Dr Maza juga berguru dengan ulamak tafsir yang terkemuka di Jordan iaitu Sheikh Solah Abdul Fattah al-Kholidi.Selain itu,DrMAZA juga antara yang mahir dalam perdebatan.Ketika negara kita diserang dengan fahaman astora jabat yang mengatakan bahawa rambut wanita bukan aurat,tiada siapa dalam kalangan 'ulamak' melayu yang tampil berdiskusi dengan astora.DrMAZA juga lah yang berani tampil untuk berdiskusi berdebat dengan Astora Jabat untuk mempertahankan pegangan ahlus sunnah sekaligus menghancurkan terus fahaman yang dibawa oleh astora.Debat ini ada dirakam di youtube.

- Kita selalu mendengar DrMAZA kononnya mudah membidaahkan orang dan menolak bidaah hasanah serta selalu menghina dan mengkafirkan ulamak.Bahkan ada yang memerli dengan mengatakan "Kalau nak ikut rasulullah sangat dan tak nak buat bidaah hasanah, lebih baik naik unta,sebab nabi mana naik kereta" . Dalam hal ini DrMAZA sudah pernah berdiskusi isu bidaah dengan Dr Aziz Hanafi selama lebih empat jam dan diskusi ini juga ada dirakam di youtube.

- Kita selalu menuduh orang itu dan ini wahabi.Tetapi apabila hendak berdebat dengan orang yang menentang ISLAM seperti syiah dan,anti hadith, orang yang dituduh wahabi sesat dan pengecut itu lah kita minta pertolongan daripadanya Di mana para ustaz dan syeikh ketika itu yang menuduh DrMaza sebagai wahabi dan sesat ketika perdebatan? Kenapa mereka tidak bangun menjawab tuduhan dari syiah dan anti hadis tersebut

- Marilah kita bermuhasabah diri,jauhi budaya melabel. Dr Zakir Naik yang telah mengislamkan jutaan orang di dunia ini pun dilabel sebagai wahabi dan sesat. Bahkan TG Nik Aziz pun ada sesetengah orang yang melabel beliau wahabi.Tidak hairanlah orang seperti DrMAZA pun dilabel sebagai sesat oleh mereka. Islam agama perdamaian,jauhi lah dari sikap bermusuhan di antara kita. Mari sama sama kita berdakwah mengembangkan sunnah rasulullah di bumi ini.


Wallah hu a'lam.

Kredit: https://www.facebook.com/Amalkan-Sunnah-334826093204414/?fref=photo

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...