Sunday, 19 June 2016

Israel mahu bina dinding konkrit bawah tanah di Gaza


TEL AVIV - ISRAEL. Israel merancang membina dinding konkrit bawah tanah di sempadan Semenanjung Gaza, dedah akhbar Yedioth Ahronoth bertujuan memerangi ancaman terowong Hamas menyeberangi ke negara itu dari Gaza.

Dinding konkrit sepanjang 96KM akan dibina di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dan dipanjangkan berbelas meter di bawah tanah itu dianggarkan bernilai AS$568juta (RM23.2juta).

Memetik RTNews, dinding ini akan menjadi sistem pertahanan ketiga seumpama ini yang akan didirikan di sepanjang sempadan.

Dinding pertama dibina 60km pada tahun 1994, berikutan Perjanjian Oslo, dinding kedua dibina berikutan keputusan Israel diasingkan dari Gaza pada tahun 2005. 

Bagaimanapun sistem ini tidak terbukti berjaya memerangi serangan ancaman terowong.

Rancangan Israel datang selepas dua terowong Hamas yang menjangkau dari Gaza ke Israel telah ditemui pada bulan April dan Mei.

Hamas telah mengesahkan ia sedang membina terowong dan penduduk di komuniti Israel di selatan yang bersempadan dengan Gaza telah melaporkan mendengar bunyi menggali di bawah rumah mereka. 

Hamas sebelum ini telah menggunakan terowong untuk mengelakkan atau melancarkan serangan, menyimpan senjata, dan memasuki Israel. 

Hamas berkata, bagaimanapun, terowong diperlukan untuk mempertahankan terhadap serangan Israel.

Pada bulan Februari, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk membina halangan untuk "membela diri terhadap ancaman luar."

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...