Laksamana Sun Jianguo |
SINGAPURA: China menyelar kembali provokasi Amerika Syarikat (AS) dan menyatakan negara itu tidak takut dengan kesan pertikaian wilayah dengan beberapa negara jiran di Laut China Selatan.
"Isu Laut China Selatan menjadi hangat kerana provokasi negara tertentu kerana kepentingan mereka," kata Laksamana Sun Jianguo dalam satu persidangan keselamatan di Singapura.
Sun bercakap sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter memberi amaran bahawa tindakan pembinaan China di kepulauan Laut China Selatan yang dituntut Filipina akan mencetuskan tindakan Washington dan negara lain.
Dalam lawatan ke Mongolia pada hari sama, Setiausaha Negara AS, John Kerry turut memberi amaran kepada Beijing bahawa penubuhan zon pengenalan pertahanan udara di atas perairan yang dipertikaikan itu adalah satu bentuk provokasi dan mencetuskan kekacauan di rantau tersebut. - AFP
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...