Ironinya, papan tanda sayang Kuala Kangsar, namun sampah yang ditinggalkan tidak melambangkan rasa sayang kepada Kuala Kangsar. |
BANDAR KUALA KANGSAR - Selesai sudah penamaan calon bagi PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, namun sayangnya keadaan selepasnya tidak seindah disangka.
Bandar Kuala Kangsar sememangnya terkenal dengan imej bandar bersih namun keadaan selepas penamaan calon tidak melambangkan imej tersebut.
Manakan tidak, bekas minuman, sampah sarap malah sepanduk dan bendera turut dibuang begitu sahaja.
Tinjauan Sinar Harian mendapati sampah memenuhi jalan raya manakala sepanduk diletakkan di pagar dan pokok lantas mewujudkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk.
Begitu pun, bukan semua lokasi pengumpulan penyokong berada dalam keadaan kotor kerana ada juga kebersihannya dijaga dengan baik.
Ada tempat yang bersih malah Sinar Harian juga terserempak dengan seorang lelaki separuh umur yang sibuk membersihkan jalan raya yang dipenuhi sampah.
Biar apa pun aktiviti, seharusnya kebersihan dijadikan amalan apatah lagi apabila berada di Kuala Kangsar, bandar yang terkenal dengan imej bersihnya.
Kebersihan itu kan amalan mulia, apa salahnya dipraktikkan. -SH
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...