Thursday 16 June 2016

PAN perlu tunggu 50 tahun lagi

BEKAS menteri yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (kiri) berkata sesuatu kepada Pengarah Pilihan Raya PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang juga Naib Presiden PAS, Idris Ahmad ketika sidang media di Markas Induk PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Bukit Chandan.
Kuala Kangsar: Parti Amanah Negara (PAN) perlu menunggu 50 tahun lagi untuk mencapai hasrat mereka menjadi kerajaan kerana ketika ini ia tidak mempunyai tunjang yang kuat.

Pengerusi Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, kesetiaan kedua-dua ahli parti UMNO dan PAS sangat kuat dan tidak mungkin beralih kepada parti yang longgar.

Katanya, jika ahli kedua-dua parti ini merajuk dan bertanding sebagai calon Bebas, jumlah undi diperoleh sangat kecil.

"Siapa juga nak tubuh kerajaan mesti ada salah satu parti tunjang ini, baru kuat sebab ada tunjang, jika tidak ia akan longgar," katanya ketika ditemui hari ini.

Abdul Kadir berkata, IKATAN menyokong penuh calon PAS di Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan pimpinan sudah turun berkempen di kedua-dua kawasan berkenaan. -myMetro

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...