Monday 20 June 2016

Hotel bentuk kapal angkasa UFO

HOTEL Solent Forts terletak di tengah laut Isle of Wight yang kelihatan seperti objek terapung dari udara
LONDON – Bagi mereka yang inginkan pengalaman bercuti yang unik dan di luar kebiasaan, beberapa buah hotel di California, Dubai dan London menyediakan penginapan bertemakan pesawat objek tidak diketahui (UFO).

Hotel UFO yang bakal dibina di Baker, California itu dilengkapi dengan rekaan restoran futuristik, kedai cenderahati dan penginapan di dalam ‘pesawat’ tersebut.

Bangunan itu turut dikatakan menyediakan spa, kolam renang dan 31 bilik bertema seperti bandar terapung, bilik senjata, kawasan asteroid dan bilik pengangkut pesawat.

Berbeza pula dengan Hotel Water Discus di Dubai yang mempunyai rekaan pesawat UFO dengan mempunyai dua piring di atas air dan dalam laut sekali gus menjadi hotel bawah laut paling besar di dunia.

Sebuah hotel yang terletak Portsmouth, Britain iaitu Solent Forts pula tidak mempunyai rekaan seperti pesawat UFO tetapi kelihatan seperti objek terapung apabila dilihat dari udara kerana dibina di tengah laut Isle of Wight. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...