PARIS 15 Jun - Meminum air yang terlalu panas mungkin boleh menyebabkan kanser esofagus, kata sebuah agensi kanser di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.
Mengambil contoh kopi yang diambil pada ‘suhu penyediaan normal’, Pengarah Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC), Christopher Wild berkata, hasil kajian pihaknya mendapati, kanser tersebut mungkin terbentuk kerana suhu air yang terlalu panas berbanding faktor minuman itu sendiri.
Terdahulu, IARC telah menjalankan kajian semula terhadap lebih 1,000 kajian saintifik berhubung kemungkinan kopi atau beberapa minuman lain menjadi penyebab kanser.- AFP
Fakta - Jika Suka Makan Makanan Panas Sila Baca Ini
Suka makan dalam keadaan panas? Mari kita fikir sejenak akan tuntunan Nabi Muhammad S.A.W mengenai makanan yang masih panas.
Nabi s.a.w bersabda; "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " (Hadith Riwayat Baihaqi) .
Jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya . Ingatlah sabda Nabi S.A.W; " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan (Malah mudarat kepada kesihatan) pada makanan atau minuman yang panas. " (Hadith Riwayat Al- Hakim dan Ad- Dailami).
Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi S.A.W tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " (Hadith Riwayat Darimi dan Ahmad).
Wallah hu a'lam .

No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...