Saturday, 11 June 2016

Samseng Thai bunuh rakyat Malaysia

Polis Thailand menunjukkan suspek yang disyaki menembak mati Mohd. Nizam pada sidang akhbar di Hadyai, Thailand kelmarin.
HADYAI – Rakyat Malaysia, Mohd. Nizam Ahmad Basrah ditembak mati ketika menunggang motosikal di Jalan Phadungpakdee di sini pada 16 Mei lalu disebabkan dia memotong sebuah motosikal yang dinaiki dua suspek pada hari kejadian.

Tindakan mangsa berusia 28 tahun yang memotong motosikal dinaiki dua rakyat negara ini secara tiba-tiba telah mengejutkan suspek sehingga menimbulkan rasa marah mereka.

ANGGOTA polis Thailand memeriksa mayat
Mohd. Nizam yang mati ditembak di Hadyai,
 Thailand pada 16 Mei lalu.
Perkara itu didedahkan oleh Penolong Ketua Polis Songkhla, Kolonel Chaiwat Nittayavitmol yang berkata, suspek Warawut Muangmin, 25, yang tidak berpuas hati dengan cara tunggangan motosikal oleh Mohd. Nizam kemudian bertindak menembak mangsa.

“Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal dinaiki suspek bersama rakannya, yang menyebabkan suspek rasa terkejut dan marah dengan kejadian itu.

“Suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan terhadap mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...