Tuesday 19 July 2016

Timbalan Datuk Bandar Istanbul dibunuh

Polis berkumpul di hadapan mahkamah di Sisli.
ISTANBUL - TURKI . Timbalan Datuk Bandar Istanbul daerah Sisli, Cemil Candas dilaporkan terbunuh selepas ditembak di kepala oleh seorang penyerang semalam, lapor Reuters yang memetik laporan NTV.

Bagaimanapun pihak berkuasa Turki menafikan insiden itu ada kaitan dengan cubaan rampasan kuasa tentera pada Jumaat yang mengakibatkan lebih 200 terbunuh.

Identiti penyerang dan motif serangan masih belum disahkan.

Laporan NTV melaporkan penyerang telah memasuki pejabat Cemil dan bunyi tembakan kedengaran.

Cemil merupakan pemimpin pembangkang melalui Parti Rakyat Republikan (CHP) di mana parti itu memerintah kawasan Sisli.

Sebelum ini, CHP mengutuk sekeras-kerasnya cubaan rampasan kuasa tersebut.

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...