Friday 15 July 2016

Gambar roh keluar dari jasad

GAMBAR ini menjadi viral kerana didakwa terdapat penampakan roh seorang lelaki meninggalkan jasadnya yang terlibat dengan kemalangan.
Kentucky (Amerika Syarikat): Bagi mereka yang percaya kehidupan selepas mati, gambar yang dirakam seorang pemandu lori ini mungkin dapat mengukuhkan kepercayaan mereka.

Gambar yang dirakam di Powell County, Kentucky, Amerika Syarikat ini oleh Saul Vazquez menunjukkan seolah-olah roh keluar meninggalkan jasad seorang mangsa kemalangan.

Sejak memuat naik imej itu di dalam Facebooknya, ia menjadi viral dan dikongsi puluhan ribu kali oleh mereka yang percaya ia menunjukkan kewujudan roh.

Vazquez berkata, dia merakam gambar itu sekitar 6.30 petang pada Selasa lalu dari lorinya ketika memandu di jalan raya yang bertentangan dengan tempat kemalangan.

Dia menulis di bawah gambar itu: “Zoom pada tengah gambar itu dan beri tumpuan pada bayangan di atas topi penguat kuasa.”

Dalam kemalangan itu, seorang penunggang motosikal cedera parah. Dia disahkan mati selepas dibawa ke hospital.

Bagaimanapun, nama mangsa tidak didedahkan. - Agensi

p/s:  

Firman ALLAH s.w.t ;
 وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit". (QS. Al-Isra': 85)

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...