Monday, 4 July 2016

Menteri dakwa Facebook sabotaj Israel

ASKAR Israel mengadakan pemeriksaan
kenderaan di bandar Hebron,
Tebing Barat semalam.
BAITULMUQADDIS – Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Gilad Erdan kelmarin me­nuduh Facebook dan pengasasnya, Mark Zuckerberg tidak mengambil langkah secukupnya untuk mencegah hasutan terhadap Tel Aviv dan berkata, rangkaian sosial itu mensabotaj kerja polis Israel.

Israel sebelum ini menyatakan bahawa Facebook telah digunakan untuk menggalakkan sera­ngan ke atas rejim Zionis, manakala Tel Aviv sedang menggubal undang-undang bagi membolehkan ia mengarahkan Facebook, YouTube, Twitter dan media sosial lain supaya membuang kandungan yang dianggap menghasut keganasan.

Namun, komen oleh Erdan agak lantang. Beliau berkata, Zuckerberg bertanggungjawab ke atas polisi Facebook dan menyeru seluruh rakyat Israel agar mendesak pengasas Facebook itu untuk memantau platform tersebut yang memberikannya pulangan berbilion dolar.

“Facebook mensabotaj tugas-tugas polis Israel. Laman sosial ini juga tidak menghapuskan hasutan dan kenyataan berunsur keganasan,” kata Erdan.

Jurucakap Facebook di Israel bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan balas terhadap tuduhan menteri tersebut.

Sejak Oktober tahun lepas, pejuang Palestin membunuh seramai 34 warga Israel dan dua rak­yat Amerika Syarikat. Rejim Zionis pula menembak mati sekurang-kurang­nya 201 warga Palestin. – AFP

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...