Tuesday 12 July 2016

China tiada hak sejarah terhadap Laut China Selatan

Kawasan Laut China Selatan.

THE HAQUE - BELANDA . Mahkamah Tetap Timbangtara (PCA) di The Haque, Belanda, hari ini  memutuskan China tidak mempunyai hak sejarah terhadap Laut China Selatan.

Dalam satu kenyataannya, PCA memaklumkan China tidak mempunyai asas undang-undang untuk menuntut hak sejarah terhadap kawasan perairan itu dalam lingkungan sembilan-sempang yang dikemukakannya.

"Tiada asas perundangan untuk China mendakwa hak bersejarah mengenai sumber kekayaan di kawasan laut yang dipertikaikan itu sebagai milik mereka," menurut kenyataan mahkamah.

Ianya merujuk kepada garisan tuntutan pada peta 1947 kawasan laut berkenaan yang kaya dengan sumber asli, galian dan perikanan.

Dalam perbicaraan membabitkan 497 muka surat itu, hakim mendapati pasukan peronda penguatkuasa undang-undang China mengambil risiko bertembung dengan bot nelayan Filipina serta menyebabkan kerosakan kepada terumbu karang selepas kerja pembinaan pulau tiruan atasnya.

China yang memboikot kes dibawa ke mahkamah oleh Filipina berkata, ia tidak akan mematuhi sebarang peraturan yang ditetapkan tribunal antarabangsa.

Keputusan terbaharu ini harus dilabel sebagai satu kejayaan besar untuk Filipina, yang boleh menganggap mereka sudah memenangi kes mereka. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...