Tuesday 5 July 2016

Identiti Pengebom Berani Mati di Madinah Telah Dikenal Pasti

Gabenor Madinah, Putera Faisal Bin Salman melawat salah seorang anggota keselamatan yang tercedera dalam kejadian pengeboman tersebut.
ARAB SAUDI: Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masid Nabawi di Madinah Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.

Setakat ini, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi melaporkan identiti pengebom berani mati tersebut ialah berwarganegara Pakistan. 

Sebelum itu pada awal Isnin, dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di sebuah masjid di Qatif, kawasan persisiran pantai yang dikuasai pengikut Syiah.

Satu lagi kejadian letupan bom bunuh diri turut berlaku pada Isnin lalu berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, dan mencederakan dua anggota keselamatan yang bertugas ketika kejadian.

Menurut laporan media tempatan lagi, pengebom tersebut dipercayai sedang menuju ke arah sebuah masjid dengan kereta. 

Pengebom itu mati di tempat kejadian dan letupan itu turut meragut nyawa dua orang anggota keselamatan dan mencederakan empat orang yang lain. -Saudi Gazette

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...