Friday, 8 July 2016

Kisah hitam di sebalik Hospital Marlboro



HOSPITAL Psikiatri Marlboro yang terletak di New Jersey, Amerika Syarikat ini sepatutnya dirobohkan bagi memberi peluang kepada pemaju untuk membina ruang rekreasi.

Bagaimanapun pelan tersebut nampaknya masih tertangguh dan hospital tinggal yang dibuka sejak 1931 itu masih kekal utuh dan menyeramkan sehingga kini.

Beroperasi selama 67 tahun, hospital sakit jiwa yang dikatakan berhantu ini menyimpan pelbagai kisah hitamnya yang tidak akan menyenangkan sesiapa sahaja yang mendengar.

Hospital ini terdiri daripada 17 kotej dan bangunan yang boleh memuatkan sehingga 800 pesakit pada satu-satu masa.

Hospital ini dikatakan menerima pesakit daripada pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua.

Bagaimanapun pada 1978, hospital sakit jiwa ini hanya menerima pesakit dewasa dan remaja sahaja.

Di belakang hospital ini terdapat tanah kubur yang disediakan bagi mereka yang meninggal semasa mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Sejarah mengatakan lewat tahun 70-an, seramai 131 pesakit jatuh sakit secara tiba-tiba sehingga menyebabkan empat kematian.

Insiden tersebut telah mendapat perhatian Pejabat Peguambela Raya yang akhirnya menyiasat perkara tersebut.

Antara sejarah lain turut menyebut pesakit hilang daripada hospital, dicekik hingga mati, malah ada pesakit yang mati kesejukan.



Malah rekod hospital juga menunjukkan ada pesakit yang mengalami keracunan makanan dan ada yang mati akibat penyakit yang tidak dirawat.

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...