Monday 18 July 2016

Hukuman mati menanti pengkhianat - Erdogan


ISTANBUL 18 Julai – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mempertimbangkan untuk mengenakan terhadap pihak yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa pada Sabtu lalu.

Menurut beliau, mengikut sistem pemerintahan demokrasi, keputusan tersebut perlu dibuat berdasarkan kehendak rakyat.

“Pihak kerajaan akan berbincang dengan pembangkang untuk mencapai kata sepakat.

“Kita tidak boleh menangguhkan hukuman terhadap pengkhianat kerana mereka perlu menerima balasan setimpal,” katanya kepada ribuan penyokong selepas menghadiri majlis pengkebumian mangsa yang terbunuh dalam kejadian rampasan kuasa tersebut. – AFP

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...