Saturday 9 July 2016

Kampung bakal pupus 2060

KAMPUNG Abdullah Hukum dan Kampung Kerinci di Kuala Lumpur antara kampung yang telah pupus kerana ditelan arus pembangunan.

KUALA LUMPUR – Kawasan kampung atau luar bandar di negara ini berkemungkinan pupus menjelang tahun 2060 disebabkan masalah kekurangan penduduk berpunca daripada migrasi orang ramai ke bandar.

Pembukaan banyak bandar baharu di seluruh negara turut mempengaruhi senario itu.

Pada mulanya, pada era 1970-an, Jabatan Perangkaan merekodkan jumlah penduduk di kawasan luar bandar mencatatkan peratusan lebih tinggi iaitu 73.1 peratus berbanding hanya 26.9 peratus di bandar.

Namun begitu, disebabkan berlakunya penghijrahan besar-besaran selain wujudnya bandar baharu, angka penduduk yang tinggal di luar bandar semakin mengecil iaitu 25.7 peratus manakala di bandar 74.3 peratus pada akhir tahun 2015.

Menjelang tahun 2020 pula, dianggarkan 25 juta orang daripada 32 juta penduduk memilih untuk menetap di kawasan bandar berbanding hanya 7.3 juta di kawasan kampung.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Zaid Ahmad berkata, penghijrahan besar-besaran di negara ini berlaku melibatkan ‘generasi pertama perantau’ sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

Katanya, golongan itu datang ke bandar untuk melanjutkan pelajaran serta mencari peluang pekerjaan yang sukar diperoleh di kawasan luar bandar. -Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...