RUSSIA merancang menambah baik dan memperbesar operasi pangkalan tentera laut serta udaranya di Syria, selaras usaha mengukuhkan kehadiran di Asia Barat. |
MOSCOW: Russia merancang menambah baik dan memperbesar operasi pangkalan tentera laut serta udaranya di Syria, selaras usaha mengukuhkan kehadiran di Asia Barat.
Agensi berita Interfax yang memetik laporan sumber enggan dikenali berkata, ia adalah satu-satunya penempatan tentera Russia di luar negara.
Sumber memberitahu Interfax, Russia akan mula memperbaiki landasan kedua di pangkalan udara Hmeimin berhampiran Latakia, manakala pangkalan tentera laut Tartus akan dinaiktaraf bagi mengendalikan kapal lebih besar seperti kapal perang.
Presiden Vladimir Putin turut mengumumkan pengunduran sebahagian tenteranya dari Syria selepas sekian lama membantu askar setia kepada Presiden Bashar al-Assad. Bagaimanapun, Moscow mahu tenteranya kekal di Hmeimin dan Tartus.
Sumber berkata, Russia masih menggunakan sistem pertahanan permukaan ke udara S-300 dan pelancar peluru berpandu pantai Bastion, di Tartus. - AGENSI
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...