Pilihan Raya Amerika Syarikat telah berakhir, namun saya mahu berkongsi berita baik dan juga berita buruk untuk anda ...
Biar saya mulakan kata-kata saya dengan menyingkap realiti kehidupan sebenar pada masa kini. Tidak kira apa yang orang katakan tentang dunia ketika ini, hakikatnya keadaan semakin buruk di luar sana dan rata-rata dari mereka juga beranggapan hampir semua perkara hanya akan bertambah buruk dari masa ke semasa. Lihatlah, itulah realiti sebenar yang menyatakan bahawa dunia kita semakin berubah. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat kita masih lagi mahu menggunapakai sistem yang lama dan sudah rosak ketika ini.
Ini memang suatu perkara yang gila dan tidak masuk akal!
Berikut adalah apa yang telah diajarkan kepada kita melalui "sistem dan kaedah lapuk untuk menjadi orang yang kaya dan berjaya..."
- # 1 - Anda pergi ke sekolah/kolej/universiti
- # 2 - Dapatkan kerja
- # 3 - Kerja keras
- # 4 - Bayar cukai anda
- # 5 - Simpan wang anda
- # 6 - Keluarkan diri daripada belenggu hutang
- # 7 - Melabur untuk jangka panjang
- # 8 - Bersara
Biar saya tanya anda sesuatu, adakah semua kaedah di atas jika ia dapat dilakukan oleh kita pada hari ini maka kita mampu untuk menjadi orang yang berjaya?
Jawapannya, TIDAK!
Sistem ini tidak boleh lagi lari dari berhadapan dengan realiti kehidupan yang sebenar.
Kita sering diberitahu supaya melaburkan wang kita ke dalam Pasaran Saham dan biarlah Ekonomi semasa menentukan kadar keuntungan yang bakal di perolehi oleh kita nanti. Pelan ini memang selalu diamalkan oleh masyarakat kita kerana ia sangat mudah.
Kita akan buat pelaburan dan membiarkan orang lain melakukan kerja keras untuk kita. Kemudiannya, kita selalu berharap agar pelaburan itu dapat memberikan dividen keuntungan sebanyak 10% sebagai pendapatan yang PASIF hasil dari penat lelah bekerja dan simpanan yang telah dibuat oleh kita selama ini. Namun, realitinya ramai dari kita yang lupa dan tidak sedar tentang hakikat jenis pulangan pelaburan seperti ini. Sebenarnya kita sudah cukup bernasib baik jika pelaburan seperti ini tidak memberikan 0% dividen kepada kita, walaupun apa yang kita sering dapat selalunya lebih kecil dari 10%. Hal ini kerana, kita tidak perlu bersusah payah untuk mencari peluang pelaburan bagi menggandakan wang kita. Biarkan sahaja para perunding saham bekerja keras untuk menggandakan wang kita.
Oleh hal yang demikian jugalah ramai daripada kita gemar membuat pelaburan dalam pasaran saham seperti ini. Tetapi hari ini, Dunia telah berubah. Sudah tiba masanya untuk kita berubah juga. Saya masih bersetuju bahawa untuk menjadi kaya, kita perlu memperbanyakkan pelaburan yang menghasilkan aliran pendapatan pasif, Walau bagaimanapun, pendekatan seperti itu sudah sangat biasa. Suatu perkara yang kita perlu tahu, dunia kita semakin berubah tatkala ini.
Berikut adalah nasihat # 1 yang saya boleh berikan kepada anda pada hari ini.
Hentikan bergantung kepada orang lain untuk menjaga dan mencorakkan masa depan anda.
- Bukan ibu bapa anda.
- Anak-anak anda.
- Bukan Kerajaan.
- Tiada sesiapa pun.
Menjimatkan wang dan berharap bahawa simpanan yang dilakukan mampu menjadikan kita KAYA adalah benar-benar satu pembaziran masa dan tenaga. Seperti yang kita sedia maklum, sikap membazir itu amat mudah dilakukan.
Jadi, apa yang perlu seseorang itu lakukan?
Hayatilah konsep KEUSAHAWANAN.
Dengar baik-baik, sekarang ini kita berada dalam zaman yang baru. Dimana ketika ini kita berada dalam Zaman DIGITAL. Zaman Perindustrian sudah berakhir dan kini ia telah digantikan dengan Zaman Maklumat. Hal ini jugalah yang telah membuka beberapa peluang utama untuk diceburi oleh semua orang.
Persoalannya adakah anda akan mengambil peluang tersebut?
Memulakan sebuah perniagaan tidak pernah lebih mudah berbanding hari ini.
Sudah tiba saatnya di dalam dunia ini dan sudah menjadi satu bentuk keperluan iaitu di mana semua orang telah menerima konsep-konsep keusahawanan dan turut menyelitkannya di dalam setiap tindakan yang dibuat oleh mereka. Ia tidak boleh disangkal lagi.
Dunia semakin teruk.
Tiada pilihan raya yang mampu membaikinya. Kerajaan kita juga tidak boleh membaikinya lagi.
Bergantunglah hanya pada satu orang dan orang itu adalah diri anda sendiri!
*Ingin mencari pendapatan sampingan dengan cara yang mudah? Hanya daftar dan jawab soal selidik, melayari iklan atau bermain permainan dalam talian secara percuma, ganjaran diberikan berupa wang dalam nilai $USD. Daftar sekarang di link ini ----> http://csl.ink/2CG5
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...