Thursday 19 May 2016

Wanita Malaysia mudah ditipu

SINDIKET Love Scam yang didalangi warga Afrika berjaya memperdayakan ramai wanita Malaysia yang mudah jatuh cinta.

KUALA LUMPUR – Sikap wanita di negara ini yang terlalu mudah mempercayai kata-kata indah menyebabkan mereka menjadi mangsa penipuan Love Scam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 4,673 kes Love Scam telah direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan kerugian RM182.3 juta dengan penangkapan 1,773 suspek bagi tempoh 2013 hingga Mei tahun ini.

Menurutnya, angka itu melebihi negara-negara lain yang turut mempunyai masalah sama dalam penipuan cinta menerusi online di internet.

“Modus operandi mendapati suspek meletakkan profil (di laman sosial) dengan seorang lelaki berkulit putih, kacak, mempunyai pekerjaan hebat atau kaya untuk menipu mangsa yang dipilih secara rawak.

“Justeru, jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan cinta palsu terutama wanita di Malaysia ini sekalipun kita memerlukan cinta,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam. -Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...