Sunday 15 May 2016

Bandar di Iran paling tercemar di dunia

NEW DELHI yang sebelum ini dikatakan sebagai kota paling tercemar di dunia cuma menduduki tangga ke-11 melalui kajian oleh WHO.
TEHERAN, Iran – Laporan terbaharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan Beijing dan New Delhi bukan bandar paling tercemar di dunia seperti yang didakwa sebelum ini.

Sebaliknya bandar dengan kadar pencemaran tertinggi ialah Zabol di Iran dengan saiz zarah 2.5 mikrometer atau PM2.5.

Bandar yang mempunyai populasi penduduk lebih 100,000 orang ini terletak di sempadan Afghanistan dan timur Iran.

Partikel zarah yang mempunyai dia­meter kurang PM2.5 adalah berbahaya kerana mampu memasuki paru-paru dan tisu darah serta menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Bandar itu juga dikenali sebagai ‘120 hari berangin’ kera­na kerap mengalami ribut pasir yang panjang ketika musim panas dan kering.

Tangga kedua dan ketiga bandar paling tercemar adalah Gwalior dan Allahabad di India, manakala ibu kota Riyadh, Arab Saudi berada pada tempat keempat.

Sementara itu, bandar raya New Delhi pada tangga ke-11, manakala Beijing berada jauh di bawah iaitu pada kedudukan ke-57.

WHO dalam pada itu turut mencadangkan habuk halus dengan ukuran kurang daripada PM10 juga perlu menjadi garis panduan untuk tahap udara yang selamat. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...