Saturday, 7 May 2016

Sadiq, Datuk Bandar Islam London pertama

SADIQ bergambar selfie dengan penyokongnya di Canary Wharf, London kelmarin.
LONDON – Ahli Parlimen pembangkang Britain dari Parti Buruh, Sadiq Khan bakal bergelar Datuk Bandar Islam pertama London apabila pemilihan kelmarin hampir pasti berpihak kepadanya.

Sadiq memperoleh 43 peratus dalam undian pertama dengan pesaing utamanya daripada Parti Konservatif, Zac Goldsmith yang mendapat 32 peratus, menurut tinjauan akhir YouGov untuk London Evening Standard.

Mengambil kira pemilihan untuk undian kedua yang diselaraskan jika tiada calon memperoleh lebih 50 peratus pada undian pertama, Sadiq mendahului dengan 57 peratus berbanding Goldsmith 43 peratus.

“Saya akan menjadi Datuk Bandar untuk semua warga London,” kata Sadiq, bekas peguam hak asasi manusia melalui Twitter selepas dia mengundi kelmarin.

Berjuta-juta orang telah mengundi untuk 2,700 kerusi meliputi 124 majlis perbandaran tempatan, tiga kerajaan tempatan, sejumlah datuk bandar dan 41 pesuruhjaya polis.

Kiraan terakhir untuk pilihan raya Datuk Bandar London dijangka diketahui awal pagi ini.

Kebanyakan kempen pilihan raya memberi tumpuan kepada isu tempatan tetapi di England dan Wales adalah ujian populariti untuk kedua-dua parti politik terbesar, Parti Konservatif dan Buruh.

Sadiq yang menjadi calon pilihan di peringkat awal kekal di landasan untuk memenangi jawatan tersebut minggu ini meskipun berdepan cabaran dikaitkan dengan golongan pelampau oleh Parti Konservatif disebabkan latar belakangnya yang beragama Islam. – dpa

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...