Tuesday 10 May 2016

Wanita dapat lihat semula selepas 21 tahun buta

Mary Ann Franco (kanan) melihat paparan skrin di telefon bimbit Dr John Afshar.
FLORIDA: Seorang wanita berusia 70 tahun yang buta selepas kecederaan trauma dua dekad lalu kembali dapat melihat selepas satu pembedahan akibat terjatuh. Pada 1993, Mary Ann Franco cedera tulang belakang akibat kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau buta.

Ogos lalu pula, beliau terjatuh di rumahnya di Florida, lapor ABC News. Pakar saraf, Dr John Afshar, yang mengendalikan pembedahan itu menjelaskan bahawa pemulihan penglihatannya adalah satu keajaiban. 

Beliau berpendapat kemalangan kereta lama dulu mungkin menjejaskan arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak yang mengawal penglihatan. Pembedahan di tengkuk itu mungkin berjaya membebaskan arteri dan mengembalikan aliran darah ke otak, katanya. 

Franco yang gembira dapat melihat kembali keluarganya mendakwa dia kini juga boleh melihat warna. Sebelum kemalangan, Franco mengalami buta warna. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...