Tuesday 17 May 2016

Hyundai hasilkan kostum robotik

KOSTUM robotik buatan Hyundai ini boleh membantu pekerja mengangkat beban berat di kilang.
Seoul: Syarikat kereta Korea Selatan, Hyundai menghasilkan kostum robotik yang boleh dipakai oleh golongan yang tidak berdaya atau pekerja mengangkat barangan berat.

Agensi berita Yonhap melaporkan, kostum itu boleh membantu seseorang mengangkat barangan seberat 60 kilogram.

Berdasarkan gambar yang diedarkan, kostum itu kelihatan tidak ubah seperti yang digunakan dalam filem fiksyen sains Aliens berbanding kisah komik Marvel.

“Robot yang boleh dipakai ini dihasilkan oleh kami untuk tujuan komersial dan akan digunakan dalam pelbagai bidang.

“Pembangunan robot seperti ini sejajar dengan visi Kumpulan Hyundai untuk memastikan mobiliti manusia dan barangan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan.

Sut itu dibuat berdasarkan sut H-LEX (Hyundai Lifecaring ExoSkeleton) yang diperkenalkan tahun lalu, lapor portal berita, The Verge.

Ia juga boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan dan perkilangan.

Hyundai bagaimanapun tidak menyatakan bila sut robot itu boleh diperoleh orang ramai.

Seperti negara maju lain, populasi Korea Selatan semakin tua.

Ini bererti sut yang dikeluarkan syarikat berkenaan mampu membantu golongan berusia untuk terus bekerja. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...