WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menjadi ‘individu penting’ dalam mewujudkan ‘konflik baharu’ di Asia Barat ketika lawatan beliau ke Arab Saudi dan Israel, yang dilihat sebagai bentuk permusuhan terhadap Iran, dedah seorang penulis, Stephen Lendman.
Menurut Lendman, sebahagian daripada lawatan Trump adalah untuk bersekutu dengan negara-negara Arab di Riyadh, dengan beliau dijangka bertemu pemimpin-pemimpin di rantau berkenaan.
Pendedahan Lendman itu susulan kenyataan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson yang sebelum ini memberitahu antara objektif Trump ketika mengadakan lawatan ke Arab Saudi dan Israel adalah untuk menyatukan Teheran.
Trump akan memulakan lawatan ke luar negara pertamanya dengan melawat Riyadh pada Jumaat ini dan berlepas ke Israel pada Isnin.
“Ini mengenai sokongan terhadap Israel dan menentang Iran serta mungkin merancang konflik terbaharu di rantau tersebut. Kunjungannya tiada kaitan dengan memupuk keamanan dan kestabilan. Perkara itu tidak pernah menjadi agenda utama AS dan Israel,” kata Lendman yang merupakan penyampai radio di Chicago.
Tambah beliau, agenda pro peperangan Trump disokong oleh mereka yang berada di dalam pentadbiran White House dan terlibat sama merancang konflik terbaharu.
“Mereka semua mempunyai agenda tersendiri, mahu memulakan perang, menolak keamanan dan kestabilan serta tidak nampak perkara baik akan berlaku dalam kunjungannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...