SINGAPURA – Seorang bekas peguam mencabar perkembangan baharu Perlembagaan negara ini yang memperuntukkan jawatan Presiden kepada kaum Melayu dengan menyifatkannya sebagai diskriminasi.
Berdasarkan peraturan itu, pilihan raya pada September ini memperuntukkan jawatan berkenaan kepada kaum Melayu.
Ini berikutan, tiada kaum berkenaan yang memegang jawatan Presiden sejak lebih lima penggal berturut-turut.
Bekas peguam berkenaan yang juga seorang aktivis, M. Ravi memberitahu, calon Presiden sewajarnya dipilih berdasarkan merit selain memenuhi kelayakan lain.
Perubahan pilihan raya Presiden itu juga tidak membabitkan agensi kerajaan lain seperti badan kehakiman, ujar Ravi menerusi status yang dimuat naik dalam Facebook.
Tindakan mencabar peraturan baharu itu di mahkamah adalah kedua dilakukan selepas bekas calon Presiden, Tan Cheng Bock memfailkan permohonan sama dan diterima oleh Mahkamah Tinggi di sini bulan ini.
Cheng Bock mempertikaikan bahawa peruntukan untuk kaum itu tidak perlu ditimbulkan kerana kerajaan dikatakan tersilap mengira lima penggal yang diperlukan berdasarkan peraturan itu dan bermula dengan Presiden yang dipilih kerajaan, bukannya yang dilantik.
Beliau tewas kepada Tony Tan dalam pilihan raya berkenaan pada 2013 dengan majoriti tipis 0.3 peratus.
Parti Tindakan Rakyat memenangi majoriti kerusi Parlimen sejak 1963.
Walau bagaimanapun, calon Presiden perlu bersara daripada parti politik selepas bertanding bagi mengelak situasi berat sebelah. – DPA
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...